Ramai orang yang ingin menguruskan badan akan melakukan aktiviti bersukan. Memang tidak dinafikan, bersukan membantu membakar lemak, sekali gus menguruskan badan selain bertambah sihat.
Tetapi, tahukah anda berhenti bersukan secara tiba-tiba akan mendatangkan kesan buruk pada tubuh? Ketahuilah, bersukan yang sudah menjadi rutin harian atau mingguan akan memudaratkan hidup anda jika anda berhenti secara mendadak. Antara kesan dan akibatnya seperti dipetik dari Vemale.com adalah: 1) Kadar gula meningkat Keadaan ini berlaku apabila kadar gula yang selalu dimanfaatkan ketika bersukan sudah tidak lagi digunakan dalam masa dua hingga tiga minggu untuk tujuan sama. Kadar gula yang tinggi ini pula akan mendedahkan anda kepada risiko diabetes dan masalah jantung. Jadi, janganlah terus berhenti daripada bersukan. Setidaknya, lakukan senaman ringan supaya tubuh tidak 'terkejut'. 2) Tekanan darah naik Ini terjadi kerana pembuluh darah akan melambatkan pergerakan dan akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Ini akan terjadi jika anda tidak bersukan selama tiga minggu berturut-turut. 3) Otak lambat bekerja Kemampuan otak bekerja turut terjejas jika anda berhenti bersukan secara mendadak! Ini kerana otak akan mengalami penurunan kemampuan untuk bekerja, selain menyebabkan anda lambat bertindak. Paling menakutkan, ia boleh menyebabkan anda kehilangan memori secara berperingkat juga. 4) Berat badan meningkat Keadaan ini pasti berlaku kepada kebanyakan mereka yang terus melupakan rutin senaman. Kalau tidak dijaga, memang boleh menjadi montel! 5) Buncit Anda pasti tidak mahu perut menjadi buncit, bukan? Jadi, teruskan bersukan walaupun dengan menaiki anak tangga dan berjalan kaki. Bersukan bukan sahaja dapat menguruskan anda, malah ia juga memberi banyak faedah kepada tubuh badan. Jadi, jangan sesekali berasa malas untuk bersukan ya. - CARI |
9
Bagus |
23
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
20
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 23-4-2018 01:01 PM
akak dulu main kejar2 dengan sis vokuru. kurus jua.
ADVERTISEMENT