CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Seorang Introvert? Ayuh Ke Negara Ini, Melancong Solo Lagi Seronok

25-4-2018 11:26 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5396| Komen: 15|Original author: Oleh: Diba S.

Di dunia Ini ada jenis manusia ekstrovert,  introvert dan ekstrovert+introvert. Ekstrovert gemar bergaul dengan orang lain dan berfikiran terbuka manakala introvert pula tidak begitu gemar bergaul dalam masyarakat dan dunia luar. 


Namun tidak semestinya seseorang introvert itu lebih suka duduk di rumah. Ada juga yang gemar melancong.

 

Anda seorang introvert yang suka mengembara? Ini merupakan tempat-tempat yang sesuai dengan watak dan peribadi anda!


Iceland

Foto:Facebook

Iceland boleh digelar sebagai negara yang memiliki taman permainan semula jadi. Mana taknya Iceland ada aurora, air terjun yang mengagumkan, geyser, kolam air panas semulajadi, glasier dan banyak lagi! 


Iceland merupakan antara negara yang selamat untuk pengembara solo. Anda boleh berjalan-jalan sendiri di negara ini tanpa rasa was-was!


Tulum, Mexico

Foto:Facebook

Ramai mengetahui akan kecantikan pantai-pantai di Tulum, Mexico. Namun sebahagian daripadanya masih terpelihara, sunyi dan tidak sesak. 


Di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti yoga, spa, luncur air ataupun bersantai di hutan berhampiran, menikmati alam semulajadi. Sudah tentu aktiviti sebegini digemari oleh golongan introvert seperti anda!


Chiang Mai, Thailand

Foto:Facebook

Walaupun populariti Chiang Mai sebagai destinasi pelancongan semakin meningkat naik, namun ia masih kurang sesak berbanding lokasi lain di Thailand. 


Sangat sesuai untuk bermeditasi di Chiang Mai kerana suasanyanya yang aman damai. 


Finland

Foto: Facebook

Jika anda berpeluang melawat  Helsinki yang merupakan ibu negara Finland, anda bertuah! Ini adalah kerana mengikut kajian, penduduk Finland terkenal dengan sikap introvert. Anda boleh melawat muzium, bersiar-siar di taman ataupun di bandar tanpa perlu merasa risau.


Camino de Santiago, Sepanyol

Foto: Facebook

Terletak di utara Sepanyol, laluan jalan bertingkat ini mempunyai keluasan kira-kira 500 batu. Bagi kepuasan maksima, anda harus meneroka tempat ini selama 5 minggu atau jika tak punya banyak masa, cukup sekadar berjalan beberapa hari. Landskapnya sangat menakjubkan!


Anda bakal bertemu golongan introvert seperti anda di sini. Jadi terserah kepada anda untuk berborak atau hanya menikmati pemandangan indah luar bandar Sepanyol.


Dah pilih nak pergi yang mana satu? Semoga percutian idaman anda seterusnya termakbul! -CARI

19

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 25-4-2018 01:31 PM
iolls x introvet pon tp nk gak g sini..
Quote azradiza 25-4-2018 02:19 PM
aku introvert, mmg suka travel solo
iceland tu mmg kene sangat dengan jiwa walaupun masa aku pi tak dapat tengok aurora
next in line, Chiangmai
Quote salotape 25-4-2018 03:20 PM
azradiza replied at 25-4-2018 02:19 PM
aku introvert, mmg suka travel solo
iceland tu mmg kene sangat dengan jiwa walaupun masa aku pi tak ...

macam mana uols solo travel tak takut ke?
Quote Tukul.Besi 25-4-2018 05:23 PM
Solo travel best. Tapi kena buat research betul2 pasal tempat nak pergi. Bukan apa, takut kena tipu free2 je. Setakat ni destinasi pilihan adalah Iceland. Nak tengok aurora tapi mahallllllll
Quote azradiza 25-4-2018 08:33 PM
salotape replied at 25-4-2018 03:20 PM
macam mana uols solo travel tak takut ke?

Buat research byk2
Pegi negara yg kompom selamat utk female solo traveller
N be cautious all the time, selebihnya tawakkal lah
Takut tu tetap ada tapi rasa excited nak tengok negara org tu lagi kuat
Sebenarnya iols lagi takut naik flight dari takut travel sorang2
Quote meisapoya 25-4-2018 11:41 PM
Serius la tulum tu selamat??????
Quote bottombikini 26-4-2018 04:29 PM
dah try travel solo..best gak
yg tak bestnye..takde org nak amik kan pic
Quote merrissa 26-4-2018 06:30 PM
Edited by merrissa at 26-4-2018 06:47 PM
azradiza replied at 25-4-2018 02:19 PM
aku introvert, mmg suka travel solo
iceland tu mmg kene sangat dengan jiwa walaupun masa aku pi tak ...

sedihkann...tgu sampai 2 pgi...tapi sebab cuaca x baik....x dpt tgk..sedih betoi...

tapi serius iceland ni mmg kene repeat lg....
Quote merrissa 26-4-2018 06:49 PM
bottombikini replied at 26-4-2018 04:29 PM
dah try travel solo..best gak
yg tak bestnye..takde org nak amik kan pic

tripod kan ada...cume kene jaga2 kt tmpt yg byk risk sebab takut kene rembat plak
lagi satu time ni la nak buat kawan..suh org amik kan...hehehe...lps tuh leh kenai2

tapi satu x bestnya... i ni jenis kepochi...so kalo sorang...xleh nak cter ke excited an ketika di tempat kejadian..hehehhe
Quote bottombikini 27-4-2018 10:51 AM
merrissa replied at 26-4-2018 06:49 PM
tripod kan ada...cume kene jaga2 kt tmpt yg byk risk sebab takut kene rembat plak
lagi satu time  ...

ai agak paranoid kes kena rembat sebab tu pasrah je amik gambo takde muka sendiri



Quote Artemesiaa 27-4-2018 11:24 AM
bottombikini replied at 27-4-2018 10:51 AM
ai agak paranoid kes kena rembat sebab tu pasrah je amik gambo takde muka sendiri

Betul tu sebab tu banyak photo pemandangan je dari photo sendiri.  Nak guna cemera stick pun kandang rasa cuak, takut tengah pose ada lak yang rembat.
Quote drivethru 3-5-2018 07:05 AM
Travel solo mmg best. Aku mula kan dengan negara asean. Lepas tu baru pegi jauh2 sikit. Bila dah kahwin n ade anak, orang selalu tanya kenapa x bawak anak bini. Kadang2 aku travel solo dulu untuk tgk2 kawasan. Lepas tu baru bawak anak bini. Banyak negara yg kena repeat 2x. Tapi xpe. Aku suka.
Quote olivegal 21-5-2018 11:16 AM
Ok ke chiangmai tu klu pegi solo...iols cuak sikit thailand ni...
Quote Amalinarazi 22-5-2018 12:50 PM
Iceland cantikknyaa auroraa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.103822 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top