Sebuah keluarga di Miri menjadi mangsa penipuan seorang 'bomoh' ketika mendapatkan khidmat rawatan. Memetik Harian Metro, mereka dipaksa makan puluhan kelopak bunga ros, mengunyah garam dan berendam dalam ais lebih sejam.
Selain menjadi bomoh, mangsa, Farzanah Zakiuddin, 28, mendakwa lelaki terbabit turut menyamar sebagai ahli perniagaan, perunding syarikat dan pelbagai jawatan lain sebelum tembelangnya terbongkar pada Selasa. Suspek berusia 40 tahun itu didakwa memperdaya sekurang-kurang 500 mangsa yang mahu bekerja di syarikat minyak dan gas yang tidak wujud menyebabkan kerugian lebih RM200,000.
“Sebelum ditahan polis di Kampung Pujut Adong, lelaki itu pernah menetap bersama keluarganya di Kluang, Johor pada 2016. Sebelum ini, lelaki itu pernah ditawarkan bekerja sebagai pekerja am dengan syarikat sewa kanopi keluarga pada Mac 2016 dan dia menetap di rumah sewa kami. “Bagaimanapun, dia kemudian mendakwa ibu saya terkena ‘buatan’ orang dan perlu ‘dibersihkan.’ Lama-kelamaan, saya dan seluruh keluarga didakwanya turut disihir dan perlu ‘dibersihkan’ dan dia menawarkan diri untuk merawat kami,” kata Farzanah kepada NSTP. Bagaikan terpukau, keluarga mangsa mengikut segala kemahuan gila suspek termasuk ‘menjamah’ bunga ros, mengunyah garam kasar serta berendam dalam air berais selama lebih sejam setiap kali rawatannya selama tujuh bulan. “Memang perit sehingga saya dan keluarga termuntah bagi memenuhi syarat gilanya,” katanya. Bukan sahaja terseksa, malah mereka telah membelanjakan hampir RM130,000 sepanjang tempoh rawatan termasuk membeli segala kelengkapan 'rawatan'. “Alhamdulillah, pada Oktober 2016, saya mula menyedari helah liciknya dan menerangkan kepada keluarga bahawa mereka hanya menjadi mangsa penipuan. “Kami kemudian sepakat menghalaunya dari rumah,” katanya. - CARI |
23
Bagus |
10
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...
noraidil_06 replied at 26-4-2018 10:08 AM
Hahahhahaha. Comel tau kisah awak
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...
cha-cha replied at 26-4-2018 12:13 PM
Conman ni power tau ayat dia. Kita yg tak kena ni memang rasa mengarut, tapi mangsa2 akan terkesima ...
noor2 replied at 26-4-2018 10:06 AM
Hehe. ..teringat pula kisah sendiri. ...
AmyOpy replied at 26-4-2018 02:07 PM
hehehehe...kita pun samalah...
#kunyahcarrotsampaiciritbirit
ADVERTISEMENT