Tak jauh, hanya terletak di ‘Ganu’ kita! Air sungai yang jernih dan mengundang ini terletak di daerah Besut, Hutan Lipur Lata Belatan dan merupakan pintu masuk utama kepada mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu. Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Jika anda ingin melakukan aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, anda hendaklah berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Pengunjung hutan lipur ini dikenakan bayaran masuk. Lokasi: Hanya 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Teren gganu - Kota Bharu. Hutan Lipur Lata Belatan ini terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09-6274155 Diharapkan keindahan dan kebersihan hutan dan sungai di sini sentiasa terpelihara supaya generasi akan datang dapat sama-sama menikmati dan menghargai keindahannya! Jom Ganu kita! -CARI |
13
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo: iols pernah pergi taman negara endau, pun ada air terjun biru camni.. kitorang mandi-manda kat situ tengahari, then kawan meols nampak cik pon berteng ...
armin replied at 27-4-2018 04:33 AM
siang2 ada cik pon ke?
moonbug replied at 27-4-2018 02:00 PM
Cantiknya. Mmg biru ye air dia ke ada time juga
Themilo replied at 27-4-2018 01:01 PM
of course ada sisthur, tengah hari, tengah hutan belantara plak tu.. iols tak nampak, cuma gelabah ...
ADVERTISEMENT