Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi "Maafkan saya, saya bukan anak yang baik," sebelum membunuh diri di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching, petang semalam.
BH Online melaporkan, seorang pekerja tokong berkenaan menjumpai lelaki berusia 38 tahun itu tidak sedarkan diri di dalam kereta dalam keadaan berlumuran darah pada jam 5 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, mangsa mengelar pergelangan tangan kiri dan kanan menggunakan senjata tajam selain terdapat koyakan pada dahi dan kaki kanan. Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat memandu masuk ke kawasan tokong pada jam 1.40 petang.
"Pekerja tokong yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta berkenaan sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah. "Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut," katanya. Hasil pemeriksaan menemui sekeping nota dalam Bahasa Cina yang meminta maaf kerana tidak menjadi anak yang baik. Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching dan bekerja sebagai buruh. "Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 30-4-2018 01:55 AM
Siannnya.....
Berat beban masalah yg ditanggung....
moonbug replied at 30-4-2018 11:46 AM
Seksanya kerat-kerat diri sendiri
SLAManya replied at 30-4-2018 10:01 AM
betul kak.... maybe dah lama tanggung beban dan depress
akhirnya tamatkan hidup
sarahmirza replied at 30-4-2018 11:29 AM
Kesiannya dia.
Kalau dia tau berforum boleh juga share masalah kat PP.
Sekurang2nya kurang sikit t ...
ADVERTISEMENT