CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Anggota Polis Ditahan, Samun Restoran Dan Kedai Runcit

2-5-2018 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2783| Komen: 18

Enam anggota polis ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian samun di restoran dan kedai runcit di Jalan MP1 Matang Pagar, Sungai Buloh.

Enam suspek berpangkat Koperal dan Lans Koperal, berusia 28 hingga 35 tahun itu dikatakan tiba di lokasi kejadian menaiki dua kereta, Perodua MyVi dan Proton Persona.

Berita Harian melaporkan, dua daripadanya memakai 'vest' polis dan masuk ke restoran berkenaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

Seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah juruwang, manakala tiga lagi menyelongkar bilik serta kaunter sebelum beredar dengan RM4000.

Gambar Hiasan
Sumber berkata, “Beberapa minit kemudian, keenam-enam suspek berkenaan memasuki kedai runcit terletak bersebelahan dengan restoran terbabit dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu melakukan pemeriksaan permit kerja serta pasport.


“Dua daripada suspek menyuruh pekerja dan pelanggan ke bahagian belakang kedai runcit terbabit untuk pemeriksaan, sementara tiga yang lain menyelongkar kedai dan kaunter."

Polis menahan enama anggota polis yang bertugas di  Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Kuala Lumpur dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

“Berdasarkan soal siasat awal, mereka mengaku terbabit dengan kes berkenaan dan mendapat habuan kad tambah nilai dan wang tunai berjumlah RM120 setiap seorang hasil kegiatan samun.

“Semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah."

Suspek direman enam hari bermula hari ini hingga 6 Mei nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. -CARI
3

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 2-5-2018 01:24 PM
Beraninya acu2 pistol.
Area sini ramai je yg buat perangai mcm ni tp xla smpai acu pistol.
Kedai acheh selalu jd mangsa. Selang dua hari org berlainan dtg pau.
Bila la org tu nak untung berniaga
Quote palmolive 2-5-2018 01:28 PM
rekod lampau ada kes dadah pun boleh jadi polis?
Quote prettyuglybabe 2-5-2018 01:33 PM
real polis atau menyamar jadi polis?
if real polis, ada kes dadah pun boleh lepas jadi polis?
padan la makin korup polis malaysia..
Quote Teru2Bozu 2-5-2018 01:42 PM
pulis betul ke pulis jadi-jadian neh?
Quote myakayina 2-5-2018 01:43 PM
polis jadian ke betul2?
Quote CiliPadiSedap 2-5-2018 01:54 PM
polis betul cuma  bahagian fru bukan kru dan unit PGA

"jangan lafazkanlah asmara di jiwa"
Quote idakamaruddin 2-5-2018 02:25 PM
gigih nye la setakat dpt t&g dgn 120 x berbaloi ko dik

dah la samun bersenjata tu...
Quote zulka 2-5-2018 02:39 PM
hmm elok la...samun bersenjata api ni kalau sabit kesalahan gantung sampai mati bro
Quote idea77 2-5-2018 02:39 PM
PM mencuri, polis pun mencuri...wow malaysia.
Quote cHimo 2-5-2018 03:11 PM
Hanat mcm tuh la yang buat polis buruk d mata orang awam... tak pandai bersyukur kerja dah elok pegi menyamun pula..
Quote mieymiey 2-5-2018 03:31 PM
Ada kes dadah, kemudian jadi polis? Wow
Quote sarahmirza 2-5-2018 03:36 PM
Kedai runcit je mampu?
Tak berbaloi la...
Quote asyriqa 2-5-2018 03:53 PM
Aiyooo..rompak bank la derr..apa brg kedai runcit kokak aja ko mampu..kesiannn
Quote haryatie 2-5-2018 04:05 PM
dia org ni betul2 polis ke menyamar jerk
penagih dadah pun boleh  jd polis
Quote Manjahati 2-5-2018 04:09 PM
Terdesak sgt ke dorang ni smpi wat keja gila gini?
Quote PongKang 2-5-2018 10:44 PM
korang pun kemain buat side income ya..
Quote ninja boy 2-5-2018 11:21 PM
terdesak sgt wang ka padahal boleh makan tanpa bayar beli rokok tanpa bayar hari2
Quote iloveselangor 3-5-2018 12:23 AM
Ramai je polis jadi pengedar dadah terutama lepas ditubuhkan AADK.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043004 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top