Pelakon berjiwa besar, Sharifah Amani membuat pendedahan kepada netizen di laman Twitter bahawa dia pernah ditawar untuk menjadi duta produk putihkan kulit dengan bayaran RM1 Juta.
Ya, memang sangat besar jumlah wang ringgit tersebut. Bagi mereka yang gelap mata, terdesak atau apa saja sebab untuk menerimanya pasti tidak akan berfikir panjang. Lain pula Sharifah Amani yang begitu bijak membuat pertimbangan dan berjaga-jaga dengan tawaran lumayan tersebut. Dia telah mendapatkan nasihat daripada ibunya tentang tawaran yang tidak disangka-sangka tersebut.
Nasihat ibunya membuatkan dirinya membuka mata tentang bahaya menggunakan produk putih kulit itu sehingga dia pun menolak tawaran untuk menjadi duta. Sikap terpuji Amani patut dicontohi oleh selebriti lain untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran lumayan sehingga mengabaikan kesihatan dan memberi kesan buruk kepada pengguna. Menjadi selebriti bermaksud anda mempunyai pengaruh besar kepada pengguna dan peminat. Oleh itu ada baiknya mempunyai prinsip dalam kerjaya dan hidup supaya sentiasa dihormati serta dipandang tinggi oleh masyarakat. Kuasa selebriti boleh mengubah pemikiran masyarakat untuk tidak mempercayai perkara yang boleh memberikan impak negatif dalam hidup. Gunakan kuasa tersebut sebaik-baiknya. Kita perlu ramai lagi selebriti seperti Sharifah Amani. Moga yang lain turut mengambil pengajaran daripada cerita pelakon kecil molek ini. - CARI |
5
Bagus |
3
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MatDeghem replied at 2-5-2018 03:17 PM
satu jutaaaa......
fushimi replied at 2-5-2018 03:28 PM
sape je yang bodoh nak bayar ko sejuta noks
cerita nak kasi berdegar degar je babi pun leh terba ...
ADVERTISEMENT