CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Habis Madu Sepah Dibuang - Intan Saleh Akhirnya Akui Sudah #moveon

3-5-2018 11:38 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 40440| Komen: 288|Original author: Oleh: Azza




Benarlah, di kala ada yang sedang bergembira, ada insan lain pula telah terluka. 

Di kala Izreen Azminda seronok menerima jambangan bunga dari suaminya Ude Wahid, bekas isteri Ude pula, Intan Saleh dilihat semakin kental menghadapi hari mendatang.

Terbaru, Intan memuat naik status dengan beberapa keping gambar yang menceritakan kisah move on ini.

Foto : Ig Intan Saleh

Masih dengan kisah #moveon, status Intan ini membuatkan peminat hiburan tanah air merasa geram, marah dan kemudiannya sebak dengan cerita demi cerita. Intan turut mengepilkan nasihat Khalifah Umar kepada lelaki bernama suami.



Sebanyak 5 gambar yang mengisahkan pengorbanan isteri kepada suami bagi memastikan keluarga mereka sempurna. Ia membuatkan netizen bersimpati lalu marah kepada suami yang tidak bertanggung jawab.

Malahan, Rita Rudaini turut memberi komen berdasarkan pengalamannya yang hampir serupa dengan Intan iaitu teraniayai namun percayalah pada diri sendiri untuk menghadapinya.



Malahan ada netizen terang-terangan berkata jika semua ini terkena pada dirinya, maka dia akan menggunakan khidmat bomoh. Nauzubillah.

Ramai yang terinspirasi dengan kata-kata Intan dan mendoakan agar kehidupan Ude dan Izreen tidak bahagia. Dasyat betul ya kuasa netizen!


Bagaimanapun, ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan status tersebut lalu menyalahkan Intan yang tidak pandai bergaya ketika menjadi isteri Ude.

Apa yang pasti, lebih ramai yang bersimpati terhadap Intan berbanding mengejinya. Moga Intan sentiasa tabah dalam membesarkan dua permata hati. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • dcempaka


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-5-2018 12:03 PM
Ritaruda tehtap nak.limelight okeh...
Quote besarkecik 3-5-2018 12:08 PM
Meraih simpati sangat kau ni intan.
Sekali dua takpe, ni makin memanjang keluh kesah kau.
Tapi, mana tau dengan keluhan kau ni, dapat tawaran belakon drama adaptasi lovel
Quote haryatie 3-5-2018 12:16 PM
biasa la mcm tu
mula2 jerk rsa terbeban, rsa teraniaya
semuanya ambil masa..
berapa lama ikut kepandaian sendiri handle hati dn masalah
sampai masa nya nnti sendiri rasa bodoh nya dulu2 berharap pd yg x sudi
meroyan sana sini...
sampai masa nya juga akn rasa bersyukur dgn kehidupan yg baru
yg lbih baik, lbih bahagia..
Quote fifie_olin 3-5-2018 12:25 PM
x srupa move on pon...
#sjackpje
Quote syidasaleh 3-5-2018 12:29 PM
Takde ig.kenapa pulak komen kak rita tag ifa tu?si puk2 ke?someone please tepek
Quote jemahjacjon 3-5-2018 12:33 PM
Xpelah intan. Slow2. Nak meroyan kat socmed pun xpa. Itu hak awak. Yg penting awak terus kuat ok. Lantak p la org nak cakap awk meraih simpati ke apa ke, at the end of the day, awak yg kena hadap 2 org hero yg masih kecik tu, awk yg kne igt memori2 dulu tu. awk ngn dia bukannya kejap. Pernah kongsi hidup siap.

Org cakap mmg pandai. Kena tang dia esok, baru ada akai.
Quote bini_fl 3-5-2018 12:35 PM
besarkecik replied at 3-5-2018 12:08 PM
Meraih simpati sangat kau ni intan.
Sekali dua takpe, ni makin memanjang keluh kesah kau.
Tapi, m ...

betul la..mula2 okay aja merempan sikit2..dh dpt sokongan penuh ummah bawang , asik nak raih simpati manjang..makin malas nak simpati dh..cliche nyaaa..
Quote seri_mawr 3-5-2018 12:37 PM
Edited by seri_mawr at 4-5-2018 09:16 AM
besarkecik replied at 3-5-2018 12:08 PM
Meraih simpati sangat kau ni intan.
Sekali dua takpe, ni makin memanjang keluh kesah kau.
Tapi, m ...

bukan senang nak hadapi kena ceraikan laki kawen dgn org yg mereka kata mereka lebih cintai...


ex biras aku sampai la ni suka pos kata2 (ala2 intan post tu)...dah nak setahun lebih cerai pun...

tapi yang x boleh menahan...adik ipar aku (ex-husband dia) lak yang sentap dgn post2 dari ex-besan aku tu...


Quote nenek_lampir 3-5-2018 12:39 PM
intan tak payah bersuara lg kot..
Quote Minami2013 3-5-2018 12:42 PM
Dalam marriage mesti ada rase sayang tu... sbb tu ikatan yg akan kukuh kan sebuah perkahwinan... bersabar lah intan... dugaan hidup ni mcm2...  teruskan lah hidup tanpa kaitkan dgn ex suami & ex honey...
Quote meteorspeed 3-5-2018 12:43 PM
bukan senang nak move on wooii kakak yg ckp intan minta simpati..intan kuat la aku rasa..tak terkesan pun dek belah sana.. ingat ek yg meninggal mmg senang nak move on tp yg ditinggal mmg perit nak mulakan balik. jgn senang nak ckp intan bla bla bla
Quote xixin5230 3-5-2018 12:46 PM
besarkecik replied at 3-5-2018 12:08 PM
Meraih simpati sangat kau ni intan.
Sekali dua takpe, ni makin memanjang keluh kesah kau.
Tapi, m ...

Klo intan buat senyap je lg bagus...tu br move on namanya...yg pengomen rr tu pun, nk jugekkkssss....
Quote belacan_gurl 3-5-2018 12:50 PM
Alahhh sedangkan yg br putus cinta pun ada yg mcm org gila sedih memanjang....inikan pula jenis yg bercerai...dan ada anak...kuatkan semangat intan... Mgkn dia sedih sbb bulan puasa dah dekat..then hari raya plak...
Quote darlingstranger 3-5-2018 12:52 PM
seri_mawr replied at 3-5-2018 12:37 PM
bukan senang nak hadapi kena ceraikan laki kawen dgn org yg mereka kata mereka lebih cintai...

...

ex biras kan bukan besan

kalau intan belum move on pun biaq pi kat dia laa bukan senang2 nak lupa
Quote Parit.Hilton 3-5-2018 12:53 PM
seri_mawr replied at 3-5-2018 12:37 PM
bukan senang nak hadapi kena ceraikan laki kawen dgn org yg mereka kata mereka lebih cintai...

...

besan?

umur ko berapa sampai dah berbesan ni?
Quote BookerT 3-5-2018 12:53 PM
besarkecik replied at 3-5-2018 12:08 PM
Meraih simpati sangat kau ni intan.
Sekali dua takpe, ni makin memanjang keluh kesah kau.
Tapi, m ...

kan nyah..kata move on tapi masih sembang pasal kes cerai...mak rasa belum tamat 3 kali suci iddah ni nyah...baik mak hayam intan ni stop sembang pasal cerai for simpati..hehujung ramai yang bosan tak pepasal tuduh kau gila talak nyah...
Quote belacan_gurl 3-5-2018 12:55 PM
bini_fl replied at 3-5-2018 12:35 PM
betul la..mula2 okay aja merempan sikit2..dh dpt sokongan penuh ummah bawang , asik nak raih simpa ...

Itu kerana kamu belum diuji dgn penceraian maka kamu menulis sebegini...cuba letakkan diri sendiri sbg intan...berfikir dgn sedalamnya...

Quote merrissa 3-5-2018 12:57 PM
kalo dia move on...move on jugak la kot job dia....#jangancakapbondajeles
Quote lazim 3-5-2018 01:00 PM
seri_mawr replied at 3-5-2018 12:37 PM
bukan senang nak hadapi kena ceraikan laki kawen dgn org yg mereka kata mereka lebih cintai...

...

bisan ke biras ko ni xkn muda2 dh ada besan

Lihat semua komen(288)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.081267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top