Diva Azwan Ali memang tidak pernah terlepas mengeluarkan kenyataan yang sensasi. Tambah pula sekarang menjadi calon pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) dan bertanding di Dun Bukit Antarabangsa.
Apa yang menarik adalah dia akan menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pilihanraya yang akan berlangsung minggu hadapan. Dia juga telah memulakan program turun padang dan aktiviti pertamanya bersama rakyat adalah memasak rendang. Masakah tersebut akan dijamu kepada rakan media serta rakyat di kawasan tersebut.
Namun ada pula adegan sedih ketika Diva popular ini memasak rendang kerana menangis mengenangkan arwah ibunya, Che Tom Yahaya yang meninggal tahun lepas. “Tentunya saya sebak. Saya teringat duduk dengan arwah emak, belajar masak rendang. Saya tak tahu dari mana dia belajar tetapi rendangnya terlalu sedap. Saya bersyukur saya pandai buat. Walaupun Mak Tom sudah tak ada, tapi kenangan rendangnya tetap terpahat di jiwa mereka yang pernah menempah rendang saya,” Menurut laporan Utusan Malaysia, jika Azwan Ali menang PRU kali ini dia berjanji untuk memasak rendang setiap minggu selama 5 tahun berturut-turut. Dia mahukan masakan rendang istimewa ini menjadi ‘trademark’ dan akan diingati oleh penduduk kawasan sini. Kalau mahu rasa, undilah Azwan Ali! Hebat Azwan Ali. Apa yang penting adalah yakin! Tapi rasanya ada harapan ke dia menang PRU atau ini adalah strategi pihak tertentu? - CARI
|
17
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 3-5-2018 03:04 PM
Bukan heshe ni dulu bersengketa ker dengan arwah mak heshe? Ker sempat minta ampun sebelum mak heshe ...
AznieBunnie replied at 3-5-2018 03:14 PM
masa mak dia sakit, tak sempat pi melawat kan?
sampailah mak dia tutup mata, still tak berjumpa.
...
AshkieLa replied at 3-5-2018 03:20 PM
masa simpan pun tak pi kan? ke meols salah?
bila dah takde.. cerita mcm2.. bila masih ade.. takmo ...
AshkieLa replied at 3-5-2018 03:10 PM
kenapa pilih lambang gajah?
baik letak gambar spek mata besor dia tu.. takpun kipas tangan dia.. ; ...
AznieBunnie replied at 3-5-2018 03:14 PM
masa mak dia sakit, tak sempat pi melawat kan?
sampailah mak dia tutup mata, still tak berjumpa.
...
mieymiey replied at 3-5-2018 03:39 PM
Dia bawa persengketaan tu sampai mak dia meninggal? Sedihnya
ADVERTISEMENT