CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Wei Penipu, Jawablah!" - Netizen Mengamuk Grab Tutup Periuk Nasi Pemandu

4-5-2018 12:26 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 15877| Komen: 74|Original author: Oleh: Ain

Hari ini, semakin kerap kita mendengar kisah tidak enak membabitkan perkhidmatan Grab Car.

Terbaru, seorang pemandu Grab meluahkan kekecewaannya di laman Facebook Grab & MyCar Driver Community Malaysia terhadap pihak Grab selepas mendapati dirinya telah ditamatkan perkhidmatan sebagai pemandu Grab dan disenaraihitamkan.



Posting itu dikongsi menerusi Twitter Alif Mohd Nor. Difahamkan, tindakan itu berpunca daripada laporan seorang penumpang dipercayai pelajar Universiti Malaysia (UM) mendakwa pemandu terbabit memandu secara berbahaya.


"Semoga ada budak UM nampak tweet ini dan azankan telinga pelaku,"
tulis Alif.




Tweet berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyalahkan penumpang serta pihak pengurusan Grab.


Masuk universiti tak semestinya pandai





Grab terlalu manjakan pelanggan




Difahamkan, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dan ramai mendakwa pihak Grab tidak mengikut prosedur sepatutnya apabila membuat keputusan tanpa membuat siasatan.

"Orang yang mula-mula patut kena terajang adalah pihak pengurusan Grab,"
komen netizen.




Orang ramai bukan sahaja bersimpati dengan nasib pemandu terbabit, malah mereka berharap perkhidmatan Grab diboikot pengguna perkhidmatan itu dan beralih kepada aplikasi perkhidmatan lain.







Dalam masa sama, netizen berang dengan pihak Grab yang tidak mengendahkan permintaan orang ramai untuk tampil membuat penjelasan berhubung kejadian berkenaan.


Grab takut nak jawab


Foto: Twitter

Semoga pihak Grab segera mengambil tindakan dengan membuat penjelasan berserta bukti dan alasan kukuh. - CARI
15

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-5-2018 12:57 PM
@Grab.my sila jawab ye #tweeter
Quote awanearisu 4-5-2018 01:02 PM
Barangkali kalau ada dashcam, pemandu boleh menghantar rayuan lepada pengurusan Grab dengan menyertakan salinan video sebagai bukti. Kita juga harap jika pelanggan terbukti membuat aduan palsu, pengurusan Grab sepatutnya boleh ban pelanggan tersebut pula.
Quote prettyuglybabe 4-5-2018 01:07 PM
ban je amik budak-budak um ni..
kalau dah nampak request dari budak u, ignore je..
biar menapak naik teksi or bas..
Quote bolamata 4-5-2018 01:16 PM
haritu pun ada baca viral pasal budak UM juga naik grab tapi bagi rating pada driver very low..reason sebab bawa kereta nasional not oversea car... perangai teruk giler budak2 u ni sekarang...asal ko selamat sampai dah cukup la weh
Quote marumaru 4-5-2018 01:28 PM
kesiannya... semoga ada rezeki kat tempat lain...

sedih sngt bila org yg berusaha keras kena musibah camni... semoga kuat semangat...
Quote WajibulGhunah 4-5-2018 01:35 PM
Kes ni time ada uber pun dah berlaku
Smpi driver ban UM / UKM / USM  (x silap la) sbb bdk2 main2 bg rating low...

Aritu i g UKM nk balik tu check la UBER tp x dpt2.... lupa lak dorg ban..
Stakat ni Uni i UPM x kne ban lg... slamat la kalau x i meraung kalau terlambat nk g klas
Quote CardiGans85 4-5-2018 01:59 PM
Hari tu naik grab kereta myvi. Best je sbb bersih, waktu jam pulak
Quote buapakperut 4-5-2018 02:14 PM
awanearisu: Barangkali kalau ada dashcam, pemandu boleh menghantar rayuan lepada pengurusan Grab dengan menyertakan salinan video sebagai bukti. Kita juga harap j ...

good idea. driver grab patut ade.
Quote chazey 4-5-2018 02:38 PM
Aiol pon guna MyCar dah.
Quote makton 4-5-2018 02:41 PM
mmg haramjad betul perangai budak2 genZ skrg ni
Quote manehnya 4-5-2018 02:41 PM
sedihnya

sian nya ...
Quote capiloton 4-5-2018 02:49 PM
Edited by capiloton at 4-5-2018 02:59 PM

Grab ni mmg mudah nak ban kan orang.
ada yg driver grab yang komisyen dia kena freeze sampai kena ban.
lepas tu Grab tak bayar. untong la Grab nih.
beribu komisyen dia kena freeze. tu baru satu driver.

siapa yang beli kereta baru niat nak cari income guna Grab, rentikan jer lah.
mereka bila2 masa bole ban dan terminate driver,
especially driver yang senior2 nih.
sebab berlambak application driver2 baru. bila2 masa bole ganti.

memang ada pun customer yang jenis bugima rate rendah,  saje nak pedajal kan driver.
contoh ex aku, hanya sebab driver tu bukak radio klasik main lagu p.ramlee.
kena 2,3 kali customer rate 3 star ke bawah, asik jumpa customer bebal,
mmg teruk la rating driver tu, dan bakal kena ban dengan Grab.
Quote manehnya 4-5-2018 02:56 PM
sedihnya

sian nya ...
Quote mjla 4-5-2018 03:04 PM
Nama pun budak
Jgn layan call
Klu pangai cibai cam tu
Quote ekselen 4-5-2018 03:05 PM
Tukar je pd MyCar... kdg2 guna grab pun xdela harga beza sgt ngan teksi... guna pun kalau terdesak je.since ada pilihan lain mcm mycar then why not?
Quote fushimi 4-5-2018 03:15 PM
WajibulGhunah replied at 4-5-2018 01:35 PM
Kes ni time ada uber pun dah berlaku
Smpi driver ban UM / UKM / USM  (x silap la) sbb bdk2 main2 bg ...

biasa la bebudak  berlagak

tak sedar diri tu miskin hidup pun ngan ehsan ptptn


Quote besarkecik 4-5-2018 03:21 PM
capiloton replied at 4-5-2018 02:49 PM
Grab ni mmg mudah nak ban kan orang.
ada yg driver grab yang komisyen dia kena freeze sampai kena b ...

Aku tak pernah bagi 4bintang. Semua  aku bagi 5, asal selamat sampai
Quote weezerfan 4-5-2018 03:23 PM
bolamata replied at 4-5-2018 01:16 PM
haritu pun ada baca viral pasal budak UM juga naik grab tapi bagi rating pada driver very low..reaso ...

Yg tu bukan usm ke
Quote putribonda 4-5-2018 03:29 PM
besarkecik replied at 4-5-2018 03:21 PM
Aku tak pernah bagi 4bintang. Semua  aku bagi 5, asal selamat sampai

aku pun bg 5. sbb senangnya hidup akuuuuuu ada uber dgn grab ni..hahaha.
lagipun setakat ni dapat driver semua bagus2 je.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.129556 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top