Malang nasib seorang wanita apabila tergelincir sebelum terjatuh ke dalam perigi sedalam lima meter ketika mengambil air. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
"Seramai 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 malam. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa, Rajaswari Subraniam, 45, terjatuh ke dalam perigi sedalam lima meter itu.
"Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dari perigi berkenaan," kata Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri. Mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. - CARI
|
43
Bagus |
21
Marah |
9
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
grouper replied at 7-5-2018 12:16 PM
Teringat skil nak nk ceduk air perigi pakai timba..lepas tu terbayang sadako keluar dari perigi
zulka replied at 7-5-2018 12:33 PM
mujur takde Juon dlm perigi tu
supernaturalee replied at 7-5-2018 01:08 PM
sadako tu haperr?
btw gmbr kt ats tu mcm mayat baru dikafankan
grouper replied at 7-5-2018 01:35 PM
Sadako hantu cite the ring..kluar dari perigi merangkak..first time tgk blh trauma seumur hidup.
ADVERTISEMENT