CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masalah "Pregnant" Dah Lama Tapi "Tak Bersalin"? Jom Cuba Air Carbo Blocker Ini..

8-5-2018 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5246| Komen: 16|Original author: Oleh: Faizal

Statistik menunjukkan purata rakyat Malaysia yang obesiti adalah tinggi. Melihat situasi ini, sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang "Pregnant" tetapi tidak boleh "Bersalin" kan? Maksudnya di sini ialah boroi.

Perkongsian air carbo blocker dari Eiscya Isa ini membantu ibu-ibu yang mempunyai maslah perut buncit. Almaklum la, mak-mak yang pernah bersalin ni kebanyakannya mengalami masalah ini. Nak hilangkan bukan mudah. Lebih-lebih bagi mereka yang bersalin secara pembedahan.



Dalam perkongsian facebook, Eiscya berkata, "Perut macam PREGNANT 9 BULAN dh takda dengan amalkan minum Air miss Kerengga atau eiscya panggil air carbo blocker. Nak tau kenapa? baca dekat bawah k."

Eiscya tau ramai yang ada masalah pregnant tapi bsalin nyer idok a.k.a perut buncit la kan. Jangan risau. Ini adalah jalan penyelesaiannya.

Air ini sememangnya akan membuatkan lelamak anda menagis dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru. Sebab nanti suma baju korang longgar.

So raya ni boleh lah korang suma jadi miss kerengga.

Ini merupakan petua yg diperturunkan pyoor dari Thailand. Kalau anda prasan tengok badan wanita Thailand rata-rata cikeding kurus, kulit pun cantik je kan?

Salah satu rahsia diorang adalah air ni la. Air yang kekalkan badan mereka kurus dan kulit yg cantik


Bahan-bahan air Carbo Blocker


Asam gelugur (5 ke 8 keping)
Gula Melaka
Daun pandan (simpul atau koyakkan)
Air suam 5 gelas
(Sesiapa yang tidak suka manis boleh abaikan gula melaka)

Cara membuatnya:


Masukkan semua bahan dalam periuk dan reneh sehingga semua bahan bercampur.
Amalkan minum sebelum makan. Minum suam atau sejuk. Mudah je kan?

Kenapa air ini dipangil Air Carbo Blocker?

Khasiat asam gelugur


Mengandungi pelbagai vitamin, mineral, serta sebatian penting seperti

●hydroxyl citric acid(HCA),
●serat
●hidroksi sitrik
●flavonoid
●asid askorbat(cantikan kulit)
●asid tartarat

Semua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk menurunkan berat badan. Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan serta mencegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnye jika anda minum air ni, badan anda tidak akan menyerap lemak atau lemak  tidak akan buat berkumpul dalam badan anda.
Seronok kan? Makan, tapi lemak tidak berkumpul dalam badan. Sebab tu minuman ini panggil air carbo blocker.

Khasiat gula Melaka

●mengandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan.
●rendah glisemik indeks berbanding gula putih

Khasiat daun pandan
●hilangkan bau badan
●anti oksidan
●menghilangkan lenguh-lenguh badan

Jangan lupa untuk mencuba ya! - CARI 
17

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 8-5-2018 12:11 PM

Garcinia gambogia tu asam gelugur kan?
Byk ubat kurus buh benda ni
Quote kuzaime 8-5-2018 12:35 PM
pearl.silver replied at 8-5-2018 12:11 PM
Garcinia gambogia tu asam gelugur kan?
Byk ubat kurus buh benda ni


Iyer..itu ler nama saintifik asam keping.. skrg mmg bnyk ubat2 kurus yg ada guna asam keping..
Quote haryatie 8-5-2018 12:42 PM
kalau x rajin bersenam boroi jugak
melantak pulak x ingat org belakang..
Quote prettyuglybabe 8-5-2018 02:19 PM
pernah try yang rendam asam gelugor semalaman pastu minum..
kena gastrik terus
Quote BoongaKertas 8-5-2018 03:54 PM
prettyuglybabe replied at 8-5-2018 02:19 PM
pernah try yang rendam asam gelugor semalaman pastu minum..
kena gastrik terus

sbb chuols minum time perut kosong kot eh? siannya chuols
Quote rosasen 8-5-2018 04:39 PM
kalo minum air ni jadi membuang2 tak?
Quote chazey 8-5-2018 05:03 PM
kuzaime replied at 8-5-2018 12:35 PM
Iyer..itu ler nama saintifik asam keping.. skrg mmg bnyk ubat2 kurus yg ada guna asam keping..

Ya hampooon gituh saintifik nama ingatkan buah hapa ropanya asam keping jah, choooooiiiiii!!! Ai baru tahu keh!
Quote prettyuglybabe 8-5-2018 05:10 PM
BoongaKertas replied at 8-5-2018 03:54 PM
sbb chuols minum time perut kosong kot eh? siannya chuols

i rendam malam pastu bangun pagi minum..
memang perut kosong la..
ikut petua katakan
Quote grizz 8-5-2018 05:34 PM
kne cube ni..tp isau lak gastrik..
Quote paz 8-5-2018 05:39 PM
Takde maknanya kalau tak jaga permakanan.

Makan carbo lebih, gula lebih, mesti lah jadi lemak. lebih lebih lagi mengundang viceral fat.  

Quote BoongaKertas 9-5-2018 12:13 PM
prettyuglybabe replied at 8-5-2018 05:10 PM
i rendam malam pastu bangun pagi minum..
memang perut kosong la..
ikut petua katakan
...

X semua org sesuai laa kan mksdnya kekdah ni? Hmm..meols x berani lg nak try. Nnti laa kot trbuka hati. Hehehe
Quote nisako 9-5-2018 02:15 PM
wah boleh try la ni
Quote prettyuglybabe 10-5-2018 12:25 AM
BoongaKertas replied at 9-5-2018 12:13 PM
X semua org sesuai laa kan mksdnya kekdah ni? Hmm..meols x berani lg nak try. Nnti laa kot trbuka  ...

try la dulu.. but not dengan perut kosong.. maybe minum lepas sarapan ke..
Quote JerryJemima 14-5-2018 11:58 AM
Kenapa perlu guna air suam. Bukan ke kita nk reneh jugak bahan2 tu nanti.
Quote ItisDD 30-5-2018 08:49 AM
Mcm berminat nak cuba je
Quote misscendol 25-6-2018 11:08 AM
Berminat nak cuba.................

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053693 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top