Pujian harus diberikan kepada penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof kerana tidak 'menyorokkan' kekurangan yang dihidapi oleh anak keempat mereka yang didapati sumbing sejak di dalam kandungan lagi.
Malah, isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra dengan panggilan Sheila juga kerap kali berkongsi perihal anak-anak mereka di laman sosial. Terbaru, Sheila ada memuat naik status berkenaan pembedahan bagi memperbaiki struktur bibir anak mereka, Xandra yang mengalami sumbing. Menurut Sheila, Xandra akan menjalani pembedahan pada 31 Mei tahun ini di Pusat Perubatan UM (PPUM) dengan syarat Xandra perlu sihat sepenuhnya. Sekiranya keadaan kesihatan anak mereka tidak memuaskan, pembedahan akan ditunda. Sheila turut memohon jasa baik semua untuk mendoakan kesihatan anak mereka agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan kesihatan Xandra dan berharap semua urusan mereka dipermudahkan. Apa pun sama-samalah kita doakan agar anak Lan Solo ini sihat dan dapat menjalani pembedahan tersebut dengan jayanya. -CARI
|
ADVERTISEMENT