Tidak semua tadika swasta yang mahal dan dianggap terbaik itu menjadi tempat yang terbaik juga untuk anak-anak. Seorang wanita yang bergelar ibu berasa sedih dan marah dengan kejadian yang dilihatnya di cctv tadika anaknya. Niat asalnya ialah untuk mencari punca kepada masalah anaknya yang lebam di lengan dan kukunya yang tercabut tetapi tanpa sengaja, dia turut menyaksikan seorang murid dilempang oleh seorang guru ketika sesi pembelajaran di dalam kelas melalui cctv tersebut. Dia kemudiannya memuat naik video yang sempat dirakam itu. Wanita ini sempat melihat cctv di tadika tersebut selama empat jam dan terus dihalang oleh pihak tadika setelah mendapat tahu wanita ini telah melihat murid dilempang oleh guru di tadika tersebut. Ramai netizen yang terkejut dengan apa yang berlaku kepada anak wanita ini termasuk kejadian murid dilempang oleh guru di tadika tersebut. Sudah semestinya murid di tadika itu trauma dan wajar ditukarkan ke tadika lain jika begitu kaedah pembelajaran dan layanan yang diberikan oleh guru. Netizen turut ingin tahu dengan jelas tentang apa yang telah berlaku dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh wanita ini. Keadaan lengan anaknya yang lebam dan laporan polis dibuat kerana kecuaian pihak tadika Akibat video murid dilempang oleh seorang guru yang dimuat naik oleh wanita ini tular di media sosial, ibu bapa murid tersebut tampil menjelaskan bahawa kes anaknya dan pihak tadika itu sudah selesai dan dia telah memaafkan kelakuan tersebut. Tetapi tindakan mereka dikecam oleh netizen. Ibu bapa murid yang dilempang oleh guru bersama Guru Besar tadika tersebut. |
21
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
9
Sedih |
21
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 8-5-2018 11:59 AM
bodonya berpuas hati
pergi lawan kat court baru puas hati
ADVERTISEMENT