"Kepada semua rakyat Johor, bangsa Johor, pilihan raya telahpun berlalu. Saya minta semua menghormati suara rakyat yang mana
rakyat hendakkan kerajaan yang baru." Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah menerusi laman Facebooknya supaya rakyat Johor menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sehubungan itu, baginda meminta supaya kerajaan baharu dibentuk serta merta tanpa berlengah lagi.
"Dengan ini saya minta kerajaan dilantik serta-merta dan jangan membuang masa lagi. "Saya berharap Istana Negara hari ini juga melantik perdana menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat, bukan kepentingan saya ataupun individu," katanya. Loading FB Post... Dalam masa sama, Sultan Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada semua parti yang mencapai sasaran mereka. - CARI
|
tumpanglalu74: There's nothing else to be said.. So sape yang voley kasi feedback belah YDPA sinun ce cerite siked what's going on..
airmineral replied at 10-5-2018 03:45 PM
Berhentilah guna istilah "bangsa johor". Kita Malaysian, jangan mulakan bibit2 sentimen sebegini.
jofizo replied at 10-5-2018 04:40 PM
Mmg pilihan rakyat johor pun nk memilih krajaan yg baru, mslhnya sultan bangsa johor nih yg blh ke ...
amyza82 replied at 10-5-2018 04:43 PM
Titah ke tak titah, tun mesti kaji smula forest city... Jgn risau...
ADVERTISEMENT