Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah Binti Syed Abu Bakar Al Khaired atau lebih dikenali sebagai Shiera sememangnya dikenali ramai sebagai seorang yang kelakar.
Sungguhpun dia kini sudah jarang muncul di layar televisyen, namun dia masih lagi aktif dalam bidang seni terutama sekali dalam bidang pengacaraan selain menjadi duta bagi beberapa produk. Selain itu, Shiera juga seringkali berkongsi perkembangan terkininya di laman Instagram dan tidak pernah gagal menghiburkan para peminatnya. Terbaru, Shiera telah berkongsi gambar 'throwback' bersama anak sulungnya, Allisya dengan kapsyen berbunyi; "Dolu dolu.. Allisya @tallisya72 pun dah 20 tahun.. 1998 Tahi lalat hanya tinggal kenangan. Aku buang di Sg. Wang, tinggal parut dalam sebab tahi lalat hidup..lol"
Namun, tidak disangka status tersebut nampaknya mengundang perasaan kurang senang seorang individu yang menganggap Shiera sebagai kasihan kerana hanya mampu untuk mengimbau kembali kenangan lama akibat tidak mendapat tawaran kerja. "Asyik throwback je, dah takde job ke, kesiann, mampu throwback jer la kennn..." Jawapan balas Shiera yang win! Dalam pada itu, rata-rata netizen diilihat marah dengan sikap biadap individu tersebut. Mulut macam longkang.. Ha, kan dah mendapat. Masuk rumah orang tak bagi salam lepas tu serang secara membuta tuli. Dalam pada Shiera tu dikatakan tak dapat 'job' pun dia jadi penyampai di Suria FM tau, dik! - CARI
|
11
Bagus |
1
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MatDeghem replied at 14-5-2018 04:10 PM
boleh tak bg mat cakap....sama dgn lobenak Hajjah nampak nya asik throwbek gambar2 lama hajjah ...
mixed replied at 15-5-2018 12:34 AM
ada je dia job smlm kt tehtarikplace
jd emcee abe nuar jen iols nyanyi
fazamania replied at 15-5-2018 12:50 AM
OMG..dgr abam nuar nyanyi live camni, terus rasa aman dihati.
ADVERTISEMENT