CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Iri Hati Tu Tak Bersyukur Namanya" - Faye Kusairi Sinis Atau Sekadar Menasihati?

16-5-2018 12:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10042| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza

Lama menyepi isteri Azmi Hatta ini daripada industri hiburan. Maklumlah Faye Kusairi sedang berpantang setelah melahirkan cahaya mata pada April lalu. Lagi beruntung rupa-rupanya pasangan ini menyambut ulang tahun pertama pada tarikh yang sama dengan anak mereka.  

Tidak aktif berlakon namun Faye tetap mengemaskini akaunnya untuk tatapan peminat yang masih mengingati dirinya. Biarpun dirinya sentiasa menjadi bahan umpatan dek terpalit kisah Kak Lina Pom Pom meminta nafkah anak daripada suaminya, Faye dilihat lebih senang mendiamkan diri. Sesekali dia memuat naik kata-kata hikmah secara umum.

Terbaru, Faye menulis mengenai hasad yang bermakna menentang ketentuan Allah SWT.


Faye seperti mengingatkan dirinya dan netizen mengenai erti syukur yang sebenar-benarnya. Secara berkias, Faye mengkritik orang yang merasa dirinya hebat kerana menindas orang lain. Tidaklah pula diketahui kepada siapa ditujukan ayat tersebut atau adakah ia sekadar umum kerana Ramadan bakal menjelma?

Ia dipersetujui dengan komen-komen yang dititipkan oleh netizen.


Terdahulu, Faye juga memuat naik status dirinya yang hanya berdiam diri walaupun dihina. Dia tidak mahu membalas provokasi tersebut lalu mengibaratkan dirinya seperti seekor singa yang teguh berdiri dan tidak perlu melayan karenah anjing-anjing.



Ternyata Faye bijak dengan berdiam diri serta tidak membalas provokasi. Jika tidak pasti perbalahan ini menjadi panjang hingga tiada penyudahnya. - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkinpatch 16-5-2018 12:48 PM
muka akak akak kampung betol dia ni. nothing wrong with kampung tapi tak de aura retis
Quote Zaien 16-5-2018 12:49 PM
dh perampas tetap perampas.. sampai bila2 pun org akan ingat taw.....
baik ko diam diri jek dri nk balas2 kak lina pom2 tu...
Quote BookerT 16-5-2018 12:51 PM
tengok muka anak dia tu teringat video ni...
[youtube]q0anpS99kGk[/youtube]
Quote shernazz 16-5-2018 12:52 PM
Xpe
Nnt dia jadi bini tua atau janda
Masa tu ada kelebihan atau x..
Nak.buat provok kat bakal madu ke idok..
Kikiki

Cercaan gemalai sebelum remdan bakal.tiba esok
Quote jlo 16-5-2018 12:56 PM
berani ko sindir kak lina
Quote grizz 16-5-2018 01:03 PM
kate nk diam..tp menyalak dlm socmed..kompius iolls..
dr ko post kt socmed tu..bek nasihat laki ko bayo nafkah..
xde la kak lina pom pom meroyan jaja cite psl laki ko..
Quote beeeee 16-5-2018 01:05 PM
apehal ko ni dah rampas laki org pastu merempan? dok diam jelah chuolls takde peminat pun
Quote pavlovachoc 16-5-2018 01:08 PM
Tgu kak lina pom pom balas... Mau berjela2 hashtag dia .. Tp aku suke baca
Quote ana_una 16-5-2018 01:22 PM
BookerT replied at 16-5-2018 12:51 PM
tengok muka anak dia tu teringat video ni...

Haha lawak tp cute sgt...
Quote bambimbom 16-5-2018 01:26 PM
kak lina tu pun pencaras gak asalnye...
Quote prettyuglybabe 16-5-2018 02:04 PM
bambimbom replied at 16-5-2018 01:26 PM
kak lina tu pun pencaras gak asalnye...

kan.. dia pun sama mencaras nak banyak bunyik pulak..

Quote mieymiey 16-5-2018 02:09 PM
untuk tatapan peminat yang masih mengingati dirinya


Yang ni lawak

Tapi sheols punya diam tu siap mengaku singa taknak layan anjing
Quote weezerfan 16-5-2018 02:18 PM
Qada qadar kepala hangguk..dasar perampas
Quote Konahhh 16-5-2018 02:35 PM
Diam-diam jelah faye..banyak sangat bunyiknya.
Quote ItisDD 16-5-2018 04:59 PM
Muhasabah diri sendiri.....
Quote Lavender_Violet 16-5-2018 05:08 PM
Dia ni popular ke dulu?
Quote biozipstar 16-5-2018 10:27 PM
kaka lina dulu caras siapakah. kira caras dicaras. kang faye mebi boleh jadi kena caras. fuhhhh seram
Quote jemahjacjon 16-5-2018 11:27 PM
Masalahnya yg dicaras tu hauk sendu di senja hari jah. Tak berbaloi nk menyalak bagai anjing ataupun mengaum mcm singa
Quote cmf_premierleag 17-5-2018 12:01 AM
Kak lina pompom pun rampas laki org
So????  

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.074697 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top