Dikemas kini: Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dibebaskan tepat pukul 1130 pagi tadi. mStar Online melaporkan, proses pembebasan itu dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Anwar meninggalkan perkarangan hospital tanpa memberikan sebarang komen kepada media. ___________________________________________________________________________ Selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, kira-kira pukul 1 petang hari ini, Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Ketua Umum PKR itu perlu bertanding di kerusi Parlimen dulu dan kemudian barulah boleh dilantik ke dalam Kabinet. mSatr Online melaporkan, Dr Mahathir akan menerajui kerajaan dalam satu atau dua tahun sebelum meletak jawatan dan menyerahkan tugasnya kepada Anwar.
"Pada peringkat awal, mungkin satu atau dua tahun, saya akan menerajui kerajaan. "Sebab mengapa rakyat menyokong kami adalah kerana percaya kepada kepimpinan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang timbul." "Kami adalah gabungan empat parti dan semua kami mempunyai kekuatan dan pengaruh yang sama dalam pakatan ini." "Anwar adalah ketua salah sebuah parti jadi saya jangka beliau akan memainkan peranan yang sama dengan pemimpin tiga parti yang lain." Sebelum ini Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun bermula Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya. -CARI
|
shahgti replied at 16-5-2018 11:07 AM
Ayoh ramai2 malam ni kita berhimpun
shahgti replied at 16-5-2018 03:07 AM
Ayoh ramai2 malam ni kita berhimpun
jetrofa replied at 16-5-2018 12:29 PM
syed sadiq bakal jadi coffee boy baru..
ADVERTISEMENT