CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Kafa Tak Mengaku Cabul 10 Murid Lelaki

16-5-2018 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2204| Komen: 12

Bekas guru agama didakwa atas pertuduhan mencabul dan merangsang 10 murid lelakinya untuk melakukan kelucahan melampau, antara Februari 2014 dan April 2017, lapor Harian Metro.


Tertuduh, Mohd Farid Yusof, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 20 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen Kajang, pada Selasa.

Bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah agama integrasi di Bangi itu didakwa atas dua pertuduhan merangsang dua murid berusia 10 dan 11 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau.


Foto: Utusan Online

Mohd Farid didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membolehkan dia dipenjara maksimum 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Tertuduh turut didakwa atas 18 pertuduhan mencabul lapan kanak-kanak-lain berusia antara sembilan hingga 12 tahun mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut laporan kes, dia melakukan kekerasan itu dengan dengan meraba, memegang, memicit kemaluan serta mencium mulut mangsa selain menjilat punggung kesemua mangsa.

Menurut laporan, kesemua perbuatan terkutuknya itu dilakukan di bilik guru, bilik kesihatan, bilik alat pandang dengar, bilik kokurikulum serta tiga kelas di berkenaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dengan syarat dia dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 8 Jun  untuk sebutan semula kes. - CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 16-5-2018 10:26 AM
Bapok Islamiyah sunni ke dek??
Quote Bedah.Cun 16-5-2018 10:32 AM
Euw, neh ker ostad???
Quote megan_pox 16-5-2018 10:38 AM
Hadiah hari guru
Quote shernazz 16-5-2018 10:46 AM
Hoi..aku igt pengampu je sanggup.jilat punggung
Cikgu kafa ni pon serupa ka
Haiya
Kau cikgu kot..
Jilakaaaaa
Quote besarkecik 16-5-2018 12:33 PM
Kote budak yang sebesar putik jagung pun kau terangsang ke ostad??
Quote grizz 16-5-2018 12:36 PM
pak ostad..nape la ko jd ostad..
Quote eLiaD 16-5-2018 02:06 PM
menjolok je tak..syukur tak sempat buat

Quote famri7 16-5-2018 02:11 PM
Ostak kot takkan la picit2 konek anak kecil sunni...korang pon nak menfitnah junjungan ummah berpada2 la..jangan kacau orang yang beriman!!!! #aiiimarah!
Quote mieymiey 16-5-2018 02:19 PM
meraba, memegang, memicit kemaluan serta mencium mulut mangsa selain menjilat punggung kesemua mangsa



Astagaaaa
Quote Modngengade 16-5-2018 02:25 PM
shernazz replied at 16-5-2018 02:46 AM
Hoi..aku igt pengampu je sanggup.jilat punggung
Cikgu kafa ni pon serupa ka
Haiya

hanat punya ustaz...kecik2 dah ajar murid2 teknik rimming

Quote luvemedaa 16-5-2018 02:27 PM
kalau dah reramai buat aduan tu betul lah. Guru agama tak seiring ngn ilmu.
Quote dani-rox 16-5-2018 08:59 PM
harap kempen sex abuse diperhebatkan di kalangan pelajar, biar dia org tahu perlakuan dan sentuhan fizikal org dewasa mcm mana yg tidak appropriate. cikgu pervert nih bermaharajalela cabul bebudak sampai 3thn lamanya.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.172199 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top