Meriahnya MeleTOP malam tadi apabila rancangan hiburan paling popular itu dihadiri wakil rakyat dari Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Abdul Rahman (SS). Menurut netizen, 'bukan sahaja bergetar tulang rusuk, bikin ovari pecah pun boleh'! Kehadiran SS pada malam itu menggamatkan studio serta mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton kerana ini pertama kali dia muncul secara langsung dalam rancangan hiburan sebegini. Neelofa dan Nabil yang bertindak mengacara program tersebut dilihat tidak kekok dan bersahaja menemu bualnya. Menurut netizen, penampilan Neelofa juga kelihatan sedikit berbeza pada malam tersebut. Mungkin berasa agak gemuruh, pengacara itu juga dilihat berkali-kali melontarkan soalan dalam Bahasa Ingegeris kepada SS bertujuan menjadikan suasana lebih mesra. Manakala, SS petah berbicara dan menjawab soalan dalam bahasa kebangsaan. Netizen yang memerhatikan rancangan tersebut mula berfikiran negatif dan menganggap Neelofa cuba menggoda Syed. Sempat juga mereka memberi amaran supaya Neelofa tidak mendekati SS!! Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa tingkah laku Neelofa agak berlainan pada malam tersebut. Dia dikatakan sengaja mahu kelihatan anggun dan memakai warna kerajaan baru di hadapan ahli parlimen itu. Amboi, begitu sekali imaginasi netizen, Tidak tercapai dek akal! Jika dilihat, memang agak sepadan Neelofa dan SS. Kedua-duanya memiliki penampilan menarik dengan latar belakang yang mengagumkan, malah perbezaan umur juga dilihat tidak ketara. Jadi, apa pula kata anda? - CARI
|
kiah_mai_pulak replied at 16-5-2018 01:53 PM
Elok lah tu, nnti time akad nikah leh buat kat disko.. 2-2 femes sbb masuk disko kn?? Haha
fliphair8 replied at 16-5-2018 02:10 PM
Alah netizen pun.....biaq pi la lopak ngan sadiq pun ( kalo iye laa) macam mamat tu laki hampa plak. ...
ADVERTISEMENT