Polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari rumah Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta. Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian dan hadiah milik bekas perdana menteri.
“Pencarian dilakukan bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001). "Tiada dokumen dirampas, juga tiada tangkapan dibuat hari ini.” Astro Awani melaporkan, pihak Najib memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis sepanjang operasi pencarian selama lapan jam dijalankan. “Ia mengambil masa yang lama kerana ini rumah yang besar, jadi polis perlu periksa setiap bilik.”
Harpal menambah, pihaknya tidak dimaklumkan setakat ini sama ada Najib akan dipanggil untuk disoal siasat atau tidak berhubung kes tersebut. Pencarian tersebut bermula sekitar jam 10.15 malam, selepas Najib pulang menunaikan solat terawih di Kampung Baru. 15 kenderaan polis termasuk SUV, trak dan kereta memenuhi perkarangan kediamannya selain dibanjiri pengamal media dalam dan luar negara, juga ditemani puluhan penduduk sekitar. Operasi pencarian turut dijalankan di dua lot kediaman di Menara Pavilion, Kuala Lumpur. -CARI
|
4
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
16
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
biosfree replied at 17-5-2018 10:41 AM
Gagal mengawal fitnah.....dari awal lgi...nak bagi kebebasan bersuara....tapi x blh urus fitnah..... ...
pokaibanktokyo replied at 17-5-2018 11:30 AM
Beg tangan satu kemestian. Haha. Pakaian apa plak mereka rampas?
Lolalala replied at 17-5-2018 11:36 AM
Baju kak mah kot.. kain je dah berpuluh ribu
ADVERTISEMENT