CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Bunuh Diri Kerana Kecewa Cinta Terlerai

17-5-2018 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2785| Komen: 13

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cuba membunuh diri di sebuah hotel di Bandar Utama dipercayai kerana putus cinta, lapor BH Online.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi di mana pengawal keselamatan menyedari kehadiran mangsa di atas bumbung bangunan hotel terbabit sebelum panggilan kecemasan dibuat pada jam 3.12 pagi.


"Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.


Foto: Harian Metro

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati mangsa dilihat dalam keadaan gelisah dan berada di hujung bumbung bangunan hotel 24 tingkat berkenaan seolah-olah mahu terjun," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun.


Menurut Ramli, anggota terpaksa bantuan rakan lelaki mangsa untuk memujuknya.

"Selepas lebih sejam memujuk mangsa, dia berjaya dibawa ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Berdasarkan maklumat diperolehi, mangsa dipercayai berbuat demikian kerana kecewa ditinggalkan teman lelakinya.

"Operasi tamat pada jam 5.52 pagi tadi," katanya.  - CARI
1

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • drBaBy


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-5-2018 11:32 AM
alahaiiiii...
Quote fushimi 17-5-2018 11:34 AM
dah makan pisang  ke dik sampai nak bunuh diri bagai

Quote spiderman80 17-5-2018 11:34 AM
Mesti beliau pernah serahkan sesuatu yang penting kepada ex beliau.
Quote Modngengade 17-5-2018 11:36 AM
spiderman80 replied at 17-5-2018 03:34 AM
Mesti beliau pernah serahkan sesuatu yang penting kepada ex beliau.

serahkan dokumen penting ke dekk?

Quote spiderman80 17-5-2018 11:37 AM
Modngengade replied at 17-5-2018 11:36 AM
serahkan dokumen penting ke dekk?

Rahsia penting negara, sayang.
Quote Modngengade 17-5-2018 11:44 AM
spiderman80 replied at 17-5-2018 03:37 AM
Rahsia penting negara, sayang.

hehe.....
Quote Victorioussss 17-5-2018 12:07 PM
Xpe u. Kite memang akan jmpe orang salah sbelum jmpe orang yang betul dan nnti u akan jmpe i orang yang betul dan masatu nanti u bole lompat pd i xpaya dah lompat bngunan

19 tahun..aum
Quote eizarz 17-5-2018 02:17 PM
sian abam bomba nak sahur pun tak senang{:cryrun
Quote dani-rox 17-5-2018 08:10 PM
ai pernah baca salah satu cara utk prevent ummah bunuh diri adalah pihak media kurangkan news coverage. katanya, dgn kebanjiran berita2 kes suicide, seolah2 romanticize dan menjadikan mangsa bunuh diri ni sbg hero.
ini adalah penyakit mental yg harus ditangani secara profesional, jd tak salah pun kalau tak dihebahkan.
Quote prettyuglybabe 17-5-2018 08:25 PM
esok dah tua mesti malu sendiri teringat betapa bodohnya nak bunuh diri pasal jantan tak guna..
Quote slavehunter 17-5-2018 08:28 PM
Hotel One World ker? Choy betul....
Quote onexox97 17-5-2018 08:34 PM
adoi la contohi la pm kita keenam
mendekatkan diri kepada Allah selepas ditolak rakyat
bukan sikit2 rakyat tolak
sampai takleh jadi pm
steady je beliau
Quote aechae 17-5-2018 08:50 PM
Muda lg putus cinta pn cinta monyet kot...nk bunuh diri bagai...

Rugi lah klu xrsa pngalaman putus cinta... pengalaman tu yg mengajar erti hdup gtuuu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.143537 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top