CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Murtabak - Menu Wajib Di Bazar. Cicah Kari Atau Sirap Bawang?

17-5-2018 03:44 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 7690| Komen: 33|Original author: Oleh: Amiey

Apabila tibanya bulan Ramadan, sudah pasti akan terbayang bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah enak bagi berbuka puasa. Antara juadah berbuka yang popular ialah murtabak.



Murtabak mudah didapati di mana-mana bazar di seluruh negara. Kebanyakan gerai yang menjual murtabak akan dikerumuni oleh pembeli yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan hidangan ini. 

Murtabak Cicah Kari. Foto: Carian Google

Murtabak yang berintikan daging/ayam, telur dan bawang ini enak dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan kuahnya. Pilihan kuah pula pelbagai, namun kebiasaannya peniaga akan menyediakan kuah kari atau sirap bawang.


Murtabak Cicah Sirap Bawang.  Foto: Seripayaku

Terbaru, entah dari mana puncanya, tiba-tiba isu mengenai kuah cicah ini menjadi isu di media sosial apabila ada netizen yang mula bertelagah untuk mempertahankan pendapat masing-masing.

Kuah kari atau sirap bawang?

Salah seorang pengguna Twitter telah membuat undian bagi menentukan pilihan tertinggi dikalangan pengguna media sosial itu. Sebanyak 9,863 undian diterima dan 58% daripada pengundi telah memilih kari sebagai pilihan utama sebagai kuah cicah bagi murtabak. 


Konspirasi peniaga nak kaut keuntungan dengan sirap bawang?



Sirap bawang tak sedap..


Kuah kari hanya sesuai makan dengan roti canai...



Makan begitu sahaja..


Anda pula macam mana? Tidak kira apa pun pilihan anda, nikmatilah makanan itu sebaiknya dan bersyukur dengan nikmat yang diperoleh. Paling penting, janganlah terlalu menurut nafsu sehingga akhirnya makanan terbazir begitu sahaja.-CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 17-5-2018 03:52 PM
yang penting murtabak tu sedap..
Quote Artemesiaa 17-5-2018 04:09 PM
Kalau murtabak tu betuk2 sedap makan macam tu je dah ok tak perlu cicah apa2
Quote rifaa 17-5-2018 04:15 PM
dua2 pencicah pon ok je
Quote senahitam 17-5-2018 04:17 PM
aku vote sirap bawang. tuang atas murtabak. fuhhhh. mcm tu la cara arwah ayah aku ajar mkn murtabak sejak azali. kari tu utk roti canai je.
Quote missinpiece 17-5-2018 04:20 PM
Dua dua sodap
Quote ms.engine 17-5-2018 04:26 PM
vote for sirap bawang.. dapnya
Quote shernazz 17-5-2018 04:31 PM
senahitam replied at 17-5-2018 04:17 PM
aku vote sirap bawang. tuang atas murtabak. fuhhhh. mcm tu la cara arwah ayah aku ajar mkn murtabak  ...

Sama la kita
Iols suka sebab kaler pink
Haha
Quote rosevelvet 17-5-2018 04:35 PM
Sirap bawang best... Masam, manis
Quote Victorioussss 17-5-2018 04:37 PM
Cicah bawah laa..soalan senang

Kau ingat ni roti telur, roti jantan, roti sardin ke nak cicah kari bagai

Belum lg gaduh pasal roti jala cicah kari ke cicah air gula
Roti jala air gula..batak btul la
Quote penutuphijau 17-5-2018 05:15 PM
Dua dua pun sedap... ok jap lg blh cari ni.. nak yg cicah bawang..
Quote meisapoya 17-5-2018 05:55 PM
Sirap bawang. Bawang banyaaaak
Quote mirandanicky1 17-5-2018 08:09 PM
Sy suka sirap bawang sedappp tajam2 masam manis
Quote salmon-suki 17-5-2018 10:37 PM
Suka dua2 asalkn sedap..haha..termasuk lah murtabak tu..kalau kuah je sedap murtabak xde rasa,mmg haru jgk..kekeke~
Quote munchkin 18-5-2018 03:58 AM
bawang. cicah kari muak
Quote jue10 18-5-2018 09:34 AM
mst la kari... xpnh trpikir nk try sirap bawang tuh. smlm baru bli murtabak tp kuah dia dhal la plak... murtabak dh sedap dh. btl murtabak ni kiraa mknn wajib ms bln puasa kt tmpt aku. psr mlm pn murtabak xmsuk.
Quote matchstick 18-5-2018 10:31 AM
Ada gerai yg bg kedua2 jenis kuah. Aku cicah dua2.tp kari tu sikit je lah aku tuang. Kalu bnyk muak
Quote mea 18-5-2018 03:01 PM
ptg semalam kat PARAM aku beli murtabak..rekues taknak sirap bawang...tak suka...nak kuah kari jek...hahaha
Quote mommymonster82 18-5-2018 03:16 PM
Ikut mood..
Kadg2 makan sj je..
Quote bintangct 18-5-2018 08:57 PM
Ada pasar malam kat rumah iols ni bagi murtabak je Takde kuah or bawang. Dasar prniaga kedekut

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.089680 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top