CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Bukan Islam Pun, Setakat Nak Publisiti Baik Tak Payah" - Brian Masterchef Dicemuh Sebab Berpuasa

18-5-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13801| Komen: 68|Original author: Oleh: Azza



Berpuasa sememangnya bagus untuk sistem penghadaman manusia. Sebab itu lah umat Islam diwajibkan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Mengetahui kebaikan amalan wajib ini membuatkan ramai yang bukan muslim mencuba untuk berpuasa. Malahan ada yang berpuasa penuh selama sebulan.

Antara selebriti bukan Islam yang telah berpuasa penuh tiga tahun berturut-turut ialah Brian Chen, bekas peserta Masterchef dan kini sentiasa berkongsi resepi berbuka puasa dan bersahur di laman Instagram dan blognya. Ramai yang memuji tindakan Brian malahan ada yang mendoakan agar Brian bertemu hidayah.

Namun, ada sahaja yang tidak faham dengan perbuatan Brian. Baginya, tiada pahala yang diperoleh Brian, kalau setakat publisiti murahan lebih baik tak perlu. Brian memuat naik post tersebut menjawab persoalan netizen tersebut.

Foto : IG Brian Chen

"Niat saya hanya utk kongsi tips bagi mereka yang berpuasa moga moga dapat dimanfaatkan dlm semangat bermasyarakat... kalau saya terkasar dan ada yang terkesan saya minta maaf ya." tulisnya dalam media sosial, Instagram.

Majoriti netizen meminta Brian mengabaikan suara-suara sumbang tersebut.




Malahan, ada yang menyangka Brian Chen adalah Muslim memandangkan percakapan dan perbuatannya yang berpuasa dan bersahur.


Ada pula netizen yang telah mengikut IG Brian dari tahun lepas dan seronok boleh memanfaatkan resipi yang khas untuk bersahur dan berbuka.


Setelah mendapat kata-kata semangat dari netizen, Brian mengabaikan kritikan tersebut kemudian meneruskan perkongsian resepinya bagi umat Islam yang sedang berpuasa. Kali ini semangkuk sayur yang dijadikan jus  supaya orang berpuasa tetap mendapat nutrien yang cukup walaupun sedang berpuasa.





Walau apapun, hidayah itu milik Allah. Menjadi tanggungjawab kita sebagai Muslim menunjukkan perbuatan yang baik semoga satu hari nanti yang belum Muslim ini dibukakan pintu hatinya menjadi Muslim. - CARI 
1

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 18-5-2018 12:30 PM
apahal la dicemuh orang tu...  cuba la tunjuk kebaikan islam ni...  kang bila orang cemuh islam, tau pulak merempan...
Quote kiah_mai_pulak 18-5-2018 12:37 PM
eyansss replied at 18-5-2018 12:30 PM
apahal la dicemuh orang tu...  cuba la tunjuk kebaikan islam ni...  kang bila orang cemuh islam, tau ...

Yg cemuh tu kan sejenis kafir jugak kn?? Biasalah tu
Quote ira_229 18-5-2018 12:42 PM
bukan islam dah tau ttg kebaikan berpuasa kot! sebab ala2 'merehatkan' organ dalaman dari terus bekerja...dah ramai pun mereka berpuasa tapi buka puasa lebih cepat ada yg boleh sampai 4petang..
Quote mesmerize 18-5-2018 12:49 PM
brian ni macam suka budaya melayu n ada niat nak jadi muslim kot. nama pun tambah abang kat depan. cakap melayu lancar. dia DJ kat radio suria kan pagi2. banyak gak tips masakan n kesihatan dia bagi.
Quote Langit13iru 18-5-2018 12:49 PM
Kebanyakan orang bukan Muslim di Malaysia ni pun berpuasa sebab banyak bergaul dengan orang Melayu. Keluar makan berbuka kalau ajak mereka ada yang sengaja tak makan hari tu sebab nak tunggu buka puasa sekali. Yang bab kesihatan tu memang tau juga. Mereka pun nak rasa seronok puasa juga.

Patut yang mengutuk tu cuba luaskan pergaulan kawan dengan bukan Islam dan lain bangsa. Kalau yang sama agama dengan abang Brian ni cuba fahamkan dari sudut kesihatan ke apa. Macamlah yang bukan Islam ni tak puasa.

Kalau mualaf yang baru belajar nak berpuasa tu, elok pula bagi sokongan.
Quote smeetasmitten 18-5-2018 12:53 PM
semenjak cik pia ganti brian i dah tak dgr suria
suka bila brian handle ustaz2, penulis buku islamik setiap hari jumaat
dia tak akward
Quote weezerfan 18-5-2018 12:54 PM
Jahatnya mulut bebudak skang.lg jijik dr mulut bookerT.
Quote sepertiitu 18-5-2018 12:59 PM
Ya Tohannn kenapa laaa wujud lagi manusia gini. bila dikutuknya melayu kata racist, bila try nak buat baik dicemuhnya. cuba berkawan dengan diorang ni. most of kawan chinese iols respect kitorang yang muslim ni time puasa, and sekarang kebanyakan diorang memang ikut puasa jugak time bulan ramadan. choii sangat
Quote trexxxxxi 18-5-2018 01:03 PM
meols suka tengok dia masak
Quote onexox97 18-5-2018 01:07 PM
tahniah brian
pose
sedangkan yg sedia muslim pun tak puasa
Quote aammyy 18-5-2018 01:10 PM
Harap2 adam corrie memberi sepatah dua kata
Quote mixed 18-5-2018 01:22 PM
bodoh nya bawang2 ni
opismate iols tp thn folow weols puasa
sb dia ckp bagus sgt dia rasa sihat
bila perut rehat makan dlm bape jam ni

mikel ang pun berpuasa penuh la smlm
Quote Minami2013 18-5-2018 01:30 PM
Sigh... memalukan agama je org yg komen tu
Quote Konahhh 18-5-2018 01:36 PM
Selamat berpuasa abang brian
Quote Kakaknanako 18-5-2018 01:45 PM
Malu lah sikit! Yang non muslim puasa penuh..... Tapi yg muslim dari lahir, tak reti2 puasa penuh! Ada hati nak cemuh2 orang tu
Quote cyber_mania 18-5-2018 01:51 PM
Suka dgn Abg Brian ni. Bahasa Melayu lancar. Sopan pulak tu. Orang berakhlak ni contoh yg baik utk semua manusia xkira bangsa atau agama. Drpd mulut jahat, doakanlah perkara yang baik utk dia
Quote saladin780 18-5-2018 02:27 PM
apesal makin kuang ajar mulut netizen2 pprt nih? harap kjaan baru ni buat la kempen budibahasa skit, ajar bbnu n yg dah tua bangka takde adab ni bersopan skit
Quote AnaisAnais 18-5-2018 02:30 PM
biar lah dia puasa... mana tau tetiba dpt hidayah. tak perlu lah tunjuk bodoh tu sangat... alahai
Quote camelia93 18-5-2018 02:38 PM
Bagus nyaaa la haiii, respect aku dgn diorang ni

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056488 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top