Persiapan raya Aidifitri seakan menjadi pesta bagi sesetengah umat Islam yang ghairah mahu menyambutnya. Maklumlah setelah sebulan berpuasa Ramadan, jadi ini dijadikan rutin mahu serba baru termasuklah baju raya.
Ia disokong oleh netizen yang turut menyatakan lebih baik, bajet RM400 tersebut disalurkan pada persiapan raya yang lebih penting. Lagipula tak semua baju yang mahal dan mahal itu menepati citarasa mereka. Ada yang tidak menutup aurat dengan betul. Memandangkan Diana sendiri sedang berbadan dua, jadi proses pencarian baju raya yang cantik tetapi menutup aurat dengan sempurna agak sukar untuk direalisasikan. Justeru, Diana meminta para pengikutnya mencadangkan butik yang sesuai kepadanya. Maka, ramailah yang menyenaraikan butik yang dirasakan sesuai. Dengan tanda pagar #masihmencaribajuraya, #sukabajucantiktapitakbanyakchoice dan #inimasalahbesar, ternyata ia adalah cabaran buat muslimah yang masih belum mendapatkan baju pilihan. Namun begitu, dengan cadangan netizen pasti ada baju yang sesuai untuk Diana Amir dan muslimah yang lain. Lagi satu, kalau Diana Amir yang berstatus selebriti pun merasakan harga baju raya yang cantik sikit pun, harga terus ke langit, ini kan pula kita yang biasa-biasa sahaja. Moga para pereka dan butik tempatan mampu memikirkan solusi yang tepat untuk masalah ini. - CARI |
wana89 replied at 21-5-2018 06:28 PM
Tahun lepas ada sepasang baju wana xpakai.. So tahun ni pakai baju tu jah..
ADVERTISEMENT