Apa sahaja mengenai kisah kerabat diraja Britain menari perhatian rakyat jelata dan masyarakat seluruh dunia. Jika pada tahun 1981, Putera Charles mengahwini Lady Diana (rakyat biasa), kini kedua putera mereka melakukan hal yang sama dengan Putera William mengahwini Kate Middleton dan terbaru Putera Henry mengahwini Megan Markle. Apa yang menarik ialah aura wanita biasa yang kemudiannya menjadi keluarga diRaja serta perkahwinan mereka yang disaksikan oleh berjuta orang di seluruh dunia. Ramai pula yang membuat gambar kompilasi antara ketiga-tiga puteri ini. Jom kita lihat bermula dengan gambar pertunangan mereka.
Atau dres mana yang lebih cantik? Lebih penting ketiga-tiga mereka bagaikan merealisasikan 'fairytale'. Gaya spontan mengibas rambut atau bahasa masa kini 'flip hair'. Hingga ada yang melukis potret ketiga-tiga pengantin diraja ini dalam satu lukisan. Cantiknya kan? Serba sedikit mengenai pertemuan ketiga-tiga pasangan ini. Putera Charles dan Lady Diana Lady Diana pertama kali bertemu dengan Putera Charles ketika berusia 16 tahun. Empat tahun selepas itu, Charles menjemput Diana ke istana untuk bertemu Ratu Elizabeth II. Mereka berkahwin pada 29 Julai 1981, dalam satu upacara perkahwinan yang disaksikan secara langsung oleh lebih 750 juta penonton. Dikurniakan dua putera, William dan Harry, Diana dan Charles bagaimanapun bercerai pada Ogos 1996. Putera William dan Kate Middleton Bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti St. Andrews pada tahun 2001, hubungan Middleton dan Putera William berlangsung hampir sedekad sebelum kedua-duanya akhirnya berkahwin pada 29 April 2011. Middleton, pada hujung April lalu, baru sahaja melahirkan anak ketiga mereka, Putera Louis, yang juga pewaris takhta Britain, bersama abang dan kakaknya, Putera George dan Puteri Charlotte. Putera Henry dan Meghan Markle Meghan pertama kali bertemu dengan Putera Henry di Toronto, Kanada ketika Henry menghadiri acara sementara Meghan berlakon falam drama Suits pada Mei 2016.Kedua-duanya kemudian saling tertarik dan setiap hari berkomunikasi. Kiranya jatuh cinta yang sangat mudah dan terus ke jinjang pelamin.- CARI |
ADVERTISEMENT