"Kalau prestasi tidak memuaskan, kita kena gugur dan kita pilih lain." Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam, lapor BERNAMA.
Menurutnya, anggota kabinet boleh digugurkan sekiranya tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan dan akan diganti dengan anggota Parlimen lain yang lebih layak. "Memang tidak ada Kabinet yang sempurna. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun, ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi, tak mungkin kita boleh puaskan hati setiap orang.
"Jadi kita akan cuba. Kalau prestasi tidak memuaskan, kita kena gugur dan pilih lain. Tetapi, kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk untuk menyandang jawatan dalam Kabinet dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet," katanya. Dalam masa sama, Dr Mahathir juga mengulas berhubung kritikan diterima selepas memilih Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan. "Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama, tetapi bahasa Inggerisnya baik. "Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada connection saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi pada orang lain. Kita cuba. "Tapi, ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi, kita kena ada bantuan daripada pakar," jelasnya. - CARI
|
5
Bagus |
1
Marah |
1
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT