CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Tak Lapuk Dek Zaman, 7 Menu Inilah Juga Jadi Pilihan Pengunjung Bazar

28-5-2018 12:41 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 9267| Komen: 31|Original author: Oleh: Faizal

Dalam kemeriahan menjalankan ibadah di sepanjang bulan Ramadan, pasti kita juga teruja dengan adanya menu-menu juadah berbuka yang tehridang di bazaar Ramadan. Macam-macam menu anda boleh jumpa dan beli di bazaar Ramadan sampai tak cukup tangan.


Tapi ingat, jangan terlalu mengikut nafsu sampai membawa kepada pembaziran. Apa kata rancang pembelian anda sebelum menjejakkan kaki di bazaar Ramadan. Ini lebih menyelamatkan.

Ha! Anda nak rancang beli juadah apa ketika berbuka di bazaar Ramadan? Jom tengok 7 menu yangh wajib dibeli di bazar Ramadan.

1. Air Soya

Foto: ohbulan.com

Sudah pasti tekak yang haus harus disegarkan dengan air-air yang sedap dan menepati cita rasa. Jika anda melangkahkan kaki di mana-mana bazar Ramadan sekalipun, tidak kurang dari satu mahupun dua atau lebih gerai yang menjual air soya. Tidak kira ianya air soya panas ataupun ais. Mesti ada yang menjualnya. Apa kata untuk buka hari ini, jom cuba air soya panas ataupun sejuk istimewa dari bazar Ramadan.


2. Air Tebu 

Foto: vitdaily.com

Air tebu juga menjadi antara minuman paling digemari dan mesti dibeli bagi sesiapa yang menjejakkan kaki di bazar Ramadan. Bila sedang berpuasa ni, melihat air tebu sedapnya begitu lain macam. Jadi, jangan lupa masukkan dalam list anda untuk mencuba air tebu yang didatangkan khas dari bazar Ramadan ni. Tapi ingat, bersederhanalah. Hadkan pembelian air minum hanya satu jenis sahaja untuk seorang. Takut membazir pula nanti.

3. Roti John

Foto: ohbulan.com

Kalau anda pergi mana-mana bazaar Ramadan sekalipun, sudah pasti ada sahaja gerai yang menjual roti john. Selalunya roti john diidi dengan daging atau ayam. Kemudian ada pula lapisan telus, mayonis, sos blackpepper dan ditambah dengan roti yang begitu lembut, memang membuatkan perasaan yang sedang lapar itu membuak-buak untuk membeli dan mencubanya. 

4. Tepung Pelita

Foto: ohbulan.com

Mungkin ini agak tradisional sedikit. Walaupun ianya sesuatu yang tradisional, tetapi tepung pelita mempunyai ramai peminatnya menjadikan kuih ini menjadi kuih pilihan ramai ketika berkunjung di bazaar Ramadan. Nak lagi best, letakkan kuih ini sekejap di dalam peti ais sebelum makan. Memang terbaik.!

5. Murtabak

Foto: ohbulan.com

Mungkin selama setahun sudah berhari-hari makan nasi, apa salahnya jadikan murtabak sebagai hidangan utama ketika anda berbuka kan. Samada murtabak ayam ataupun daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan di bazaar Ramadan. Dimakan dengan kari ataupun jeruk bawang menjadkan murtabak antara menu wajib ada dan anda beli di bazaar Ramadan.

6. Ayam Percik

Foto: thelevel.my

Dari jauh je sudah ramai yang tertarik dengan baunya. Belum lagi bila merasanya. Ayam percik juga antara menu yang wajib anda beli jika berkunjung di bazaar Ramadan. Bayangkan setiap gigitan ayam yang dipanggan dengan rempah istimewa dan disebatikan dengan kuah percik yang pekat dan penuh rasa memang dapat menguji kesabaran menunggu waktu berbuka.

7. Popiah Basah

Foto: thelevel.com

Popiah basah sememangnya menjadi pelengkap kepada jamuan sesiapa pun ketika berbuka. Banyak juga gerai-gerai yang menjual popiah basah di bazaar Ramadan. Nak tahu mana yang sedap, cari je kedai yang orangnya beratur panjang. Confirm sedap!

Nah, inilah menu yang dikatakan 'wajib' dibeli pengunjung bazar. Namun, agaknya pada tahun 2018 ini apakah menu yang menjadi trending dan pilihan semua? Jom share dengan kami. - CARI 
5

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lelakinaive 28-5-2018 12:54 PM
Tu roti john 3rd version punya. Yg ori xde mayo, cheese, sayur pun xde n pilihan ayam atau lembu pun xde.
Quote siputsedut 28-5-2018 01:05 PM
Oh yeah..betul..i go to pasar malam for ayor tebu..murtabak..tepung pelita dgn popia basah...sedapnyaaaa nak gi cari lah harini

Soya tu buat sendiri je senang bebenar..hari kerja pon aku sempat lg buat kalau rendam kacang sedari pg...tp tau fu fah mesti beli dkt pasar malam..org buat lg sedap..
Quote umbut 28-5-2018 01:26 PM
X suka pergi bazar... nanti aku lupa daratan, semua nak beli.. pastu nak mkn ada yg dah basi
Quote barfi 28-5-2018 01:33 PM
Aku tambah lagi

-Ayam golek
-Onde2
-nasi kerabu
Quote Victorioussss 28-5-2018 01:43 PM
Roti jala kuah kari
Quote alieyrina 28-5-2018 01:59 PM
Betui la wey..cuma soya dgn tebu aku xminum..mutabak pun sama..aku kena cari yg xdak bawang byk ..heehee
Quote Allthatnana 28-5-2018 02:00 PM
Tak lupa jgk bubur lambok..
Quote sapeka 28-5-2018 03:16 PM
-ayam percik susah dah nak dapat..tak semau bazaar jual
-popia basah memang best..sedap
-kuih pelita pon best..makan sehjuk2..nyaman ok
-air tebu tengok kaler  kalau kaler keruh x beli..kalau kaler jernih cam muda sikit baru beli..boh ais sikit..wow kebabom sedap gillll
-air soya memang sedap..panas/ sejuk dedua layan
-roti john malas nak beli..tak berbaloi..mahal..sibuk je penjual tanya ayam/daging..alih2 dapat telo n bawang je..daging n ayam xde pun..
sendu ok..
-murtabak pon sama lebih kurang roti john

senang cita,dah selalu dapat kesenduan di bazaar makanya masak kat rumah lagi best
puas hati
makan pon kenyang
peniaga sekarang dah tak macam peniaga dulu2
Quote KakaKiah 28-5-2018 04:00 PM
Air tebu mcm dah kureng je..ayampercik +mee/kuetiaw goreng
Quote missus_meow 28-5-2018 04:46 PM
barfi replied at 28-5-2018 01:33 PM
Aku tambah lagi

-Ayam golek

nasi kerabu sudah pasti. kalo blk ke pantai timo, sure carik.
Quote missus_meow 28-5-2018 04:46 PM
barfi replied at 28-5-2018 01:33 PM
Aku tambah lagi

-Ayam golek

nasi kerabu sudah pasti. kalo blk ke pantai timo, sure carik.
Quote ninnakarinna 28-5-2018 08:45 PM
Roti john buat sendiri.. onde2 buat sendiri.. roti jala buat sendiri.. ni tengah nak blaja buat tepung pelita. X puas beli kat param.. Dapat sikit. Mahal plak tu. Tengok bahan mcm mudah je.
Quote whitePoison 28-5-2018 08:51 PM
mertabak, roti john, air soya
Quote buapakperut 29-5-2018 12:39 AM
iols tak suka pegi bazar . sesak dan panas.nanti iols haus sehaus2nya. tgk mkanan semua tak lalu. lagipun syok masak sendiri
Quote RatuDunia94 29-5-2018 12:54 AM
Masa first day puasa aritu iols beli murtabak.. Sekali isi penuh bawang.. Ayamnya ada la 2-3 ketul kecik2.. Terus iols banned dah nk beli murtabak lg..
Quote 234126 29-5-2018 03:25 AM
Tepung pelita dgn roti jala semestinya!
Quote drivethru 29-5-2018 10:35 PM
sapeka replied at 28-5-2018 03:16 PM
-ayam percik susah dah nak dapat..tak semau bazaar jual
-popia basah memang best..sedap
-kuih peli ...

Air tebu lagi hijau lagi manis kan. Sbb tebu tua. Letak banyak ais pun masih manis lagi. Aku kalau beli air tebu, mmg cari yg hijau pekat.
Quote drivethru 29-5-2018 10:37 PM
Tepung pelita paya jaras paling sedap.

Popia basah sek 14 pj sedap. Belum berkesempatan nak beli lagi.
Quote zetty1978 30-5-2018 01:25 AM
X sabar nk blk Msia .. nk gi pasar ramadhan beli air tebu, yong tau foo, nasi ambeng, abc special, burger ramli special ... fuhhhh, byk lg dlm list ni .. {:run

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.206973 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top