Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi mangsa pertama kes mercun di Terengganu pada tahun ini. Muhammad Ridwan Abdul Rashid, 16 hampir putus empat jari sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.
Harian Metrio melaporkan, mangsa yang berasal dari Kampung Nail itu dipercayai sedang memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol kaca sebelum ianya meletup. Sumber menyatakan, mangsa sedang bermain mercun di halaman rumah bersama 10 rakannya yang lain. Abang mangsa, Azlan Shah Abdul Rashid, 34, berkata mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut itu memasukkan belerang menggunakan kertas untuk memantapkan belerang di dalam botol.
Ketika cuba menyalakan, ia meletup dan mencederakan tangannya. Mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. -CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noell replied at 28-5-2018 04:52 PM
tu dia teganu darul runtuh dah mengunguli carta ramdon tahun neh
@dinopower2 pasti gembira
sapeka replied at 29-5-2018 12:02 AM
hmmm
eloklah
oku ke tak oku ke
insulin replied at 29-5-2018 12:21 AM
Belerang nih memang terlampau sensitif ke? X ada sumber api pun boleh meletup...
ADVERTISEMENT