CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Dapat Layanan Seperti Perdana Menteri Lain Kalau Tak Bersalah - Tun M

30-5-2018 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6913| Komen: 56

"Beliau (Najib) dalam siasatan dan tidak mewakili bekas Perdana Menteri."

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian berhubung tindakan menarik balik pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak, lapor BH Online.


Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu akan menikmati layanan seperti perdana menteri lain sekiranya didapati tidak bersalah dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Najib, sebelum ini memuat naik kenyataan bahawa semua pegawai keselamatan, polis pengiring serta anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang juruiring kanan atau Aide De Camp (ADC).


Loading FB Post...

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)menarik balik semua kawalan keselamatan ke atas Najib, sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan. 

Menurutnya, tindakan itu mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Foto: FB Najib Razak

"Kita akan kekalkan SOP yang ditetapkan. Bekas-bekas Perdana Menteri ada kelayakannya tertentu dan kita akan akur.

"ADC kita akan kekalkan. ADC untuk Datin Seri (Rosmah Mansor) kita akan kekalkan termasuk bodyguard (pengawal peribadi)," katanya. - CARI
11

Bagus
6

Marah

Terkejut

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbusa 29-5-2018 10:02 PM
Edited by matbusa at 29-5-2018 10:03 PM

geng2 masjid sekuliah subuh dgn najib sejak dulukala masih semua setia bersama najib
Assalamualaikum
Bila saya melihat rakyat, ada yang menitis air mata, ada yang genggam tangan saya sambil menyatakan "Teruskan perjuangan", maka luka di hati, parut di jiwa lenyap dan hilang.
Datuk seri Najib Tun Razak












Quote dani-rox 29-5-2018 10:10 PM


https://www.malaysiakini.com/news/427363
Quote OmJualGas 29-5-2018 10:12 PM
Menangis kegumbiraan kot...
Quote haruslah 29-5-2018 10:13 PM
Polis2 ni layak utk bekas pm x?
Yg sebenarnya

Dulu tun m dpt sbb "tun" atau sbb ex pm?
Quote taikor 29-5-2018 10:23 PM
Ade jugak sorang ADC dikekalkan. Dulu pengiring Tun pon Najib tarik. Karma lah
Quote creep_bite 29-5-2018 10:24 PM
Tak apa kt sg buluh nnt ramai yg akan jaga....
Quote e-mag 29-5-2018 10:36 PM
Sedeynyaaa.. Sob.. Sob
Quote dodolgemok 29-5-2018 10:39 PM
Mader dulu kau tarik semua benda x fikir ke jib? Buat drama picisan sebegini buat ummah makin menyampah!
Quote jfq 29-5-2018 10:43 PM
Lepas ni nak gi pavilion kena hadap jam kat jalan tun razak la
Quote moonbug 29-5-2018 10:46 PM
Semua kena tarik ye walaupun haritu dia ada lodged report claiming nyawanya terancam gitu?
Quote Bedah.Cun 29-5-2018 10:47 PM
Bila lagi kau nak merasa naik lrt hasil projek shenzhen kau tue pegi parlimen. Enjoi dah lar, bajet farewell pulak
Quote batmana 29-5-2018 10:47 PM
Altantuya rileks je dtg Malaysia tanpa bodyguard..tkkn pendekar tkut ngn negara sendiri plak?
Quote ulamalu 29-5-2018 11:13 PM
PDRM nafi tarik balik kawalan keselamatan kepada Najib

KUALA LUMPUR 29 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menarik balik kawalan keselamatan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya terus menyediakan bantuan tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bekas Perdana Menteri itu mempunyai kelayakan tertentu yang membolehkan mereka menerima kawalan keselamatan.

"Kita akan kekalkan mengikut SOP. Beliau akan mempunyai pegawai Aide De Camp (ADC), pengawal peribadi dan pemandu.

"Bukan semua akan ditarik balik. Kami hanya mengurangkan sahaja," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga PDRM di Bukit Aman, di sini hari ini.

Najib dalam Facebook miliknya hari ini memberitahu, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepadanya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC. - UTUSAN ONLINE
Quote Reymz 29-5-2018 11:14 PM
Dr M: Pegawai keselamatan ditarik balik kerana Najib sedang disiasat
Alyaa Azhar  |  Diterbitkan 29 Mei 2018, 10:36 malam  |  Dikemaskini 29 Mei 2018, 10:41 malam

A+      A-
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini ditanya mengenai khidmat pegawai keselamatan dan pengiring kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik oleh kerajaan.

Mahathir pada mulanya mengatakan beliau tidak tahu bahawa khidmat mereka telah ditarik balik, namun kemudian mengatakan bekas perdana menteri itu kini sedang disiasat pihak berkuasa.

"Jadi dia tidak mewakili perdana menteri yang lalu.

"Tetapi jika dia didapati tidak bersalah, maka dia akan mendapat layanan yang sama seperti (bekas) perdana menteri yang lain," kata Mahathir kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Bukit Aman hari ini.

Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pegawai dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.

Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.
Najib turut berkongsikan gambar beliau memberikan tabik hormat kepada mereka dan perpisahan penuh emosi itu di laman Facebooknya.

Baca: Tabik hormat terakhir Najib pada pengawal pengiring

Semasa dalam pembangkang, Mahathir juga mengadu kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menarik balik khidmat pengawal peribadinya.
Quote sinalegna 29-5-2018 11:15 PM
Cash. Tu baru sikit je
Quote alieyrina 29-5-2018 11:25 PM
So sapa yg buat samarinda skang ni..jibon kata dropped..pdrm kata x..tun kata x tahu..
Quote netto_ 29-5-2018 11:55 PM
Ni sikit2 kene setepek kt muka jibby ni sabarlah
Quote oni313 30-5-2018 12:00 AM
jfq replied at 29-5-2018 10:43 PM
Lepas ni nak gi pavilion kena hadap jam kat jalan tun razak la


pakai driver MRT la lepas ni dik non, tu kan projek buah tangan dia, nearest station ngan umah dia kat langgak duta tu stesen semantan, adalah dlm RM3 gitu je kalau pakai touch n go, pakai cash, RM 3 lebih.... turun kt stesen bkt bintang... adale dlm 15 minit gitu perjalanan
Quote Mary_jane 30-5-2018 12:01 AM
Betul tu tun najib, teruskan perjuangan. Eh tersasul plak.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040884 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top