Pihak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh, susulan dari dari rakaman tular menyaksikan kakitangannya melempar bungkusan.
mStar Online melaporkan kejadian tersebut dirakam oleh pelanggan ketika kakikatangan berkenaan sedang memindahkan barangan ke dalam tempat simpanan barang di Pos Laju cawangan Sungai Petani, Kedah. Pos Malaysia mendawa ia sebagai kes terpencil dan amaran keras telah pun diberikan kepada pekerja terbabit. “Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa insiden terpencil ini tidak mencerminkan mutu kerja Pos Malaysia yang sebenarnya. “Pos Malaysia berpegang teguh kepada prosedur kerja yang dinamik dan tidak akan berkompromi dengan mutu kerja yang sambil lewa," kata satu kenyataan di Facebook.
Pos Malaysia juga mengakui pihaknya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. “Bagi memastikan ia tidak berulang, langkah-langkah tertentu sedang dijalankan bagi memastikan kakitangan sentiasa peka dan memberi khidmat cemerlang. “Antara langkah yang diambil ialah memastikan pemeriksaan dan pemantauan berkala dilaksanakan disamping memperkemaskan komunikasi dalaman serta mengingatkan kakitangan agar sentiasa memastikan proses kualiti kerja yang tinggi.” -CARI
|
11
Bagus |
2
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
keds replied at 1-6-2018 09:48 AM
eh tapi pos laju batu caves memang problem eh?
ramai orang kata service maha lembabbb
ADVERTISEMENT