CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemenangan Epik Tun M Akan Diterjemahkan Dalam Filem Bollywood

31-5-2018 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7503| Komen: 59

Kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 bukan sahaja dikagumi rakyat, malah turut menjadi perhatian seluruh dunia.

Lebih menarik, seorang produser Bollywood menggambarkan Dr Mahathir sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah, sekali gus membuatnya tertarik untuk merancang pembikinan filem mengenai kemenangan bersejarah itu.

Raman Kumar, 73, seperti dipetik BERNAMA berkata, filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya sebagai perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003 untuk berkempen atas platform anti-rasuah bagi menerajui negara sekali lagi.


Foto: BBC


"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya.

Filem 'Mahathir Penyelamat Malaysia' akan dirakam dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya).

"Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu.

"Saya mendapati, karakter Dr Mahathir penuh berwarna-warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik," katanya yang merujuk kepada wartawan terkenal, M. Krishnamoorthy.

Raman sebelum ini menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia berkata, filem berkenaan akan menampilkan pelakon Malaysia, manakala sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai. - CARI
10

Bagus
31

Marah
20

Terkejut
11

Sedih
21

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 30-5-2018 06:05 PM
So, hero Rajinikanth ka? Tingat pilem dia jadik piyem yindia untuk sehari tu.
Quote pyropura 30-5-2018 06:05 PM
omm @semesu , ada nggak produser Indon pengen bikin pilem tentang Najib Mappadulung Matimung Bugis, atau Jahid Komidi jowo pornorogol Kulonprogol kebanggaan indon ??  @semesu

Quote pyropura 30-5-2018 06:06 PM
chazey replied at 30-5-2018 06:05 PM
So, hero Rajinikanth ka? Tingat pilem dia jadik piyem yindia untuk sehari tu.

so, sapa Inspektur Sahab dia??
Quote Dwdrum 30-5-2018 06:10 PM
Malaysian indian sudah lama claimed tok det dari keturunan kutty di overseas ..... sejak pemerintahan tok det lagi .... pencapaian yang di bangga kan mat salleh pun angguk saja ....
Quote scorpionkiki 30-5-2018 06:14 PM
tolonglah jgn...nanti rafizi terasa lagi
Quote pyropura 30-5-2018 06:20 PM
Dwdrum replied at 30-5-2018 06:10 PM
Malaysian indian sudah lama claimed tok det dari keturunan kutty di overseas ..... sejak pemerintaha ...

ummah Paki pon klaim Madey tu dari sana
Quote dinopower2 30-5-2018 06:22 PM
mesti ade kisah bapak che det berhijrah dr yindia
Quote scorpionkiki 30-5-2018 06:27 PM
dinopower2 replied at 30-5-2018 06:22 PM
mesti ade kisah bapak che det berhijrah dr yindia

Bukan pak dialah...tokwan dia...british bawak pi penang utk mengajar keluarga sultan kedah english...tu yg sangkut dpt menantu diraja...mak tdm dr kerabat sultan kedah
Quote dinopower2 30-5-2018 06:30 PM
scorpionkiki replied at 30-5-2018 06:27 PM
Bukan pak dialah...tokwan dia...british bawak pi penang utk mengajar keluarga sultan kedah english ...

tp kira bapaknya pure yindia la kan....
kena cite details... smbl laung ketuanan melayu
Quote dinopower2 30-5-2018 06:31 PM
pyropura replied at 30-5-2018 06:06 PM
so, sapa Inspektur Sahab dia??

khairy jamaludin
Quote dinopower2 30-5-2018 06:32 PM
pyropura replied at 30-5-2018 06:20 PM
ummah Paki pon klaim Madey tu dari sana

yindon ade klaim ke blum.... maybe bleh klaim pernah berak di yindon.... alangkan hitler mati kat yindon pun diklaim
Quote alesandra 30-5-2018 06:34 PM
scorpionkiki replied at 30-5-2018 06:14 PM
tolonglah jgn...nanti rafizi terasa lagi

rafizi melayu jati.kenapa nak terasa?
Quote scorpionkiki 30-5-2018 06:37 PM
alesandra replied at 30-5-2018 06:34 PM
rafizi melayu jati.kenapa nak terasa?

Kalau buat filem nanti satu dunia kata Tun yg bg ph menang...Kan Rafizi kata Tun tak menyumbang pun kemenangan PH
Quote scorpionkiki 30-5-2018 06:39 PM
dinopower2 replied at 30-5-2018 06:30 PM
tp kira bapaknya pure yindia la kan....
kena cite details... smbl laung ketuanan melayu

Bapaknya melayu sbb tokwan dia kawin dgn melayu dr johor. Bapaknya half Kerala lah sbb tokwan dia dr Kerala dan Tok dia dr melayu johor
Quote alesandra 30-5-2018 06:43 PM
scorpionkiki replied at 30-5-2018 06:37 PM
Kalau buat filem nanti satu dunia kata Tun yg bg ph menang...Kan Rafizi kata Tun tak menyumbang pu ...

setakat bollywood apadehal....dah dia leluhur sana.takde org nak peghak sangat aiihhh.....
Quote pyropura 30-5-2018 07:20 PM
Edited by pyropura at 30-5-2018 07:23 PM

madey tu nama apak dia Mohamad Sikandar kan?




http://s.saregama.com/image/c/fw ... ndar_1466169981.jpg

Quote DARSITA 30-5-2018 07:25 PM
Siapa jadi rapiji?


Watak ni penting oooo
Quote klaud 30-5-2018 07:26 PM
dinopower2 replied at 30-5-2018 06:32 PM
yindon ade klaim ke blum.... maybe bleh klaim pernah berak di yindon.... alangkan hitler mati kat  ...

hanye negare yang tak de budaye je yang gemar gemar klaim ini indon tak payah klaim indon sudah ade budaye asli yang tak same kat negare lain langsung

malon hade???




Quote DARSITA 30-5-2018 07:30 PM
scorpionkiki replied at 30-5-2018 02:39 AM
Bapaknya melayu sbb tokwan dia kawin dgn melayu dr johor. Bapaknya half Kerala lah sbb tokwan dia  ...



You know - Kerala tu satu negeri kecil yang sangat aman makmur. 90% rakyat dia berpendidikan tinggi. Jadi tidak hairanlah tokwan Tun M ni educated person. Aii selalu tengok Youtube penternakkan ikan sepat di Karala. Bila tengok cara pemakaian dia orang terus aii teringat mamak mamak yang buka kedai runcit di Malaysia di tahun 70/80 an. Agaknya mamak mamak ni semua datang dari Karala.


Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064684 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top