“Dalam tempoh tak sampai sebulan ambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan baru dah terpaksa minta derma dari rakyat,
alasannya untuk bantu kerajaan bayar hutang." Adun Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman berkata demikian bagi mengulas mengenai penubuhan Tabung Harapan Malaysia oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH), lapor UMNO Online. Menurutnya, ia suatu tindakan tidak wajar memandangkan kerajaan terdahulu telah meletakkan ekonomi Malaysia dalam keadaan yang kukuh dan stabil sebelum parlimen dibubarkan.
“Suatu yang pelik dengan apa yang berlaku, laporan International Monetary Fund (IMF) menyatakan ekonomi negara amat baik dan sedang menuju untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi. "Berdasarkan laporannya, pertumbuhan negara pada 2017 adalah sebanyak 5.8 peratus dan unjuran untuk 2018 adalah dijangkakan 5.3 peratus,” ujarnya. Tambahnya, kerajaan tidak sepatutnya mencari jalan mudah dengan meminta derma, sebaliknya mencari alternatif sewajarnya bagi menangani masalah itu memandangkan mereka mempunyai penasihat ekonomi yang dikatakan berwibawa dan mempunyai nama besar dalam hal ehwal ekonomi. “Kalau dulu, kerajaan Barisan Nasional memberi pelbagai sumbangan dan bantuan untuk rakyat seperti BRIM dan persekolahan, namun ramai yang menuduh pemimpin terdahulu makan duit rakyat walaupun menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka. “Kenapa kali ini rakyat berdiam diri apabila kerajaan sekarang membawa ‘tin milo’ secara terang-terangan untuk mengutip derma. Apakah negara ini sudah teruk hingga terpaksa meminta derma dari rakyat,” katanya. Nor Hafizah juga hairan dengan kesanggupan kerajaan mengeluarkan belanja besar bagi menyediakan siaran langsung perlawanan Piala Dunia di RTM, namun dalam masa sama menagih derma daripada rakyat bagi menampung hutang negara. - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT