CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Tak Dapat Makan Malam Sebab 'Full House' Buka Puasa, Netizen Rasis Hentam Restoran

4-6-2018 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6210| Komen: 37|Original author: Oleh: Azza


Ramadan hanya sebulan dalam setahun jadi ianya diraikan penuh meriah oleh penganut Islam. Bermula dengan persiapan berbuka puasa hinggalah kepada ibadah yang berganda-ganda.

Sebagai masyarakat majmuk, adalah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia bertolak ansur zaman berzaman lagi. Ada bangsa lain yang sanggup mempelawa tempat duduknya di restoran semata-mata untuk memberi peluang umat Islam berbuka puasa tepat pada waktunya.

Namun, dilihat sejak akhir-akhir ini, ada segelintir yang cuba memainkan sentimen agama kerana tidak dapat makan malam di sebuah restoran makanan segera. Hal ini mendapat komen yang bercampur baur daripada netizen.

Foto : FB Nando's

Netizen berpandangan pengadu tidak memahami erti 'reservation' dan sebenarnya tiada kaitan langsung dengan sentimen perkauman seperti yang diutarakan.



Bagi netizen, tiada isu sebenarnya kerana pengadu sendiri sampai pada jam 6.30 petang dan pastinya ia telah ditempah serta dibayar terlebih dahulu. Jadi tiada isu pun.


Malahan, ramai juga bangsa lain turut tidak bersetuju dengan pendapat pengadu. Ini bukan soal rasis tetapi soal tempahan. Jangan mainkan sentimen perkauman di sebuah negara berbilang kaum.


Betul juga, kata kuncinya cuba bersabar dan bertolak ansur. Maklumlah hanya sebulan dalam setahun ja bulan puasa. Jadi apa salahnya memberi peluang kepada orang Islam untuk berbuka puasa terlebih dahulu.


Ramai juga yang membuat lawak tentang pengadu yang seperti baru saja berada di Malaysia dan tiada siapa yang makan keseorangan.


Sebenarnya ramai yang telah menempah sehari atau enam jam lebih awal semata-mata untuk makan di restoran tersebut.

Moga-moga pengadu mendapat iktibar daripada kes ini dan belajar untuk lebih bertolak ansur. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 4-6-2018 12:13 PM
Lol..dah namanya  reserved...dah la nandos punya reservation kene walk in je...n usually around 630-7pm..dah diminta utk dtg n tunggu makanan keluar....ada certain nandos mmg tak bg reserve full tables..dia akan allocate dua tiga meja utk walk in patrons...so i guess masa dia dtg tu meja2 yg diallocate utk walk in patrons dah berpunya kot..
Quote AyaqMeloSuam 4-6-2018 12:14 PM
1st time in Malaysia kah? Wahahahahahahahaa..
Tulis engelishh pandai.. meaning of RESERVATION pn xtau kah?
Quote rogayahtop 4-6-2018 12:32 PM
tu la pasal akak boleh cakap ada non malays kat malaysia ni never ready for integration. duk komplen pasal semayang jumaat lawless double parking etc. dia tak pikit pulak kat cheras tu restoran triple parking tiap2 hari sepanjang masa  pun ade.  kiter ok je temple diorang double parking pasal ada restoran sebelah. kalau apartment tu diorang ni siap renovate penuh rumah depan belakang. siap block parking yg pree. bila tanye mana permission sudah settle ma sy ada kwn dalam.

elok la sgt melayu korup ni.

or kalau keje company smoke break OK, berak lama ok, nak solat 10 minit pun mcm mintak emas.

lepas tu kat rxxxxx tu pun sama dik. urban kononnye memasing tp sama lah racists and discriminatory towards melayu.

dh kerje dgn bangsa ni mcm2 company ni all i can say is lagi jahat discrimination yg terselindung.

belum lg part tekan harga bile dpt tahu malay company yg order. kalau supplier industri monopolized by bangsa ni pun sama. terms lain, rege lain.  

anggap je la cabaran sebagai melayu modern.
Quote EvieWanKenobi 4-6-2018 12:36 PM
kecoh je.. kat Chili's pun dah ada perbarisan seawal 5pm..
Quote kucingitam 4-6-2018 12:38 PM
nama pun reservation..gi buka kamus la tgk apa makna reservation..
Quote prettyuglybabe 4-6-2018 12:57 PM
kalau still early 6.30 macam tu, i rasa patutnya bagi je la dia masuk..
but syaratkan supaya habiskan makanan by 7.10pm so dorang boleh setup for next reservation..
kalau agree boleh masuk, tak agree tak payah masuk..
lagi pun dia sorang je kot..
lama mana la kalau 1 pax nak makan..
and for the customer pulak, patutnya maklum la bulan ramadhan..
either u awalkan dinner at 6 or dinner lepas pukul 8..
or pergi je restoran non-halal..
gerenti takde nak gaduh penuh ke apa..

Quote palmolive 4-6-2018 01:00 PM
saja buat isu..lepas org dh siap berbuka boleh jek dia gi makan...
dia menyibuk sama time org nak balik berbuka takder pun org bising..
Quote myakayina 4-6-2018 01:08 PM
klu main walk in jer mmg takde tempat dah.. last friday cikcur kat pyramid pun mana2 restoran pun banyak table dah reserved..fast food ke..kedai mahal ker..sama je.. nasib2 lah klu dapat..ada je non  muslim mkn sama time buka puasa..so the key word is : RESERVATION
Quote Minami2013 4-6-2018 01:13 PM
Kadang2 yg non-muslim ni dah tahu time buka puase pukul 7 pm mcm tu...lain kali adjust lah mkn pkul 5 pm ke atau 8.30 pm ke... itu nama nya CONSIDERATION.... setahun cuma sebulan je kot...
Quote Artemesiaa 4-6-2018 01:30 PM
Kalau dah 6.30 selalunya mereka tak ambik pesanan baru sebab sibuk nak sediakan makanan dan minuman untuk yang dah bayar dan buat reservation untuk berbuka puasa disitu.  Kadang yang nak berbuka pun dah mula duduk dimeja time tu.  Jadi kena fahamlah kenapa pelanggan walk in tak dilayan time tu.
Quote akudracula 4-6-2018 01:40 PM
Tak yah nak busuk hati la..puasa setahun sekali...lg pong bukan lama dia org duduk...7.20 makan tak sampai kol 8 dh bangun dh...tak de le dia org nak tunggu sambil cungkil gigi lepak...baik sambung jalan2...
Quote Nana_Man 4-6-2018 01:59 PM
Tak dpt makan kat nandos boleh kebulur ker?
Quote vanillaninja 4-6-2018 02:22 PM
I hari tu ok je beratur belakang ramai2 non-Muslims beli fast food untuk berbuka. Padahal time tu dah 7 lebih dah.

Hujung2 staff fast food restaurant tu hulur air dekat I sebab dah masuk berbuka, tapi orang2 depan I still lagaknya macam tak pernah order fast food. Takde pulak I merempan dalam socmed persoalkan why theyols datang waktu macam tu sedangkan theyols ada sepanjang hari untuk makan
Quote sinalegna 4-6-2018 03:36 PM
Baru keluar gua ke hape dia ni?
Quote shazm85 4-6-2018 03:37 PM
Hello tapau jelar and makan dekat mana2.. weols yang puasa pun, tak sempat reserve so tapau yang ringan2, solat then by 8pm tu dah boleh cari tempat nak makan. Ok je. Tak pulak nak meroyan n viralkan.
Quote missDollie 4-6-2018 04:09 PM
Kau tapau je la dah kebulur sangat..dah nama pun reservation..diorang dah bayar siap2 pun..first come first served la..
Quote BoongaKertas 4-6-2018 04:19 PM
patut xde issue pun. iols speku ada salah faham jer ni. tp melampau plak dia kaitkan dgn race and religion.
Quote mommymonster82 4-6-2018 04:27 PM
Setahun sekali je pon..sebulan..
Lagi 11 bulan..mmg non muslim yg konker time2 maghrib tu..sbb muslim xmkn time2 tu sbb berebut nak gi solat..
Tu pon nak bising ke?
Quote MizzNaza 4-6-2018 05:28 PM
...tapi nandos dah hantar food kat table stengah jam awal kena mintak theyols ambik balik dan serve kemudian. Terlebih efisien pulok nandos publika

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.106186 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top