Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Pasti ada sahaja kelainan cuba ditonjolkannya. Jika sebelum ini DSV tampil dengan lagu I Am Me yang mencetuskan fenomena, kini lagu terbarunya, Lavida Raya sempena Aildilfitri menjadi 'trending' nombor satu di Youtube hanya dalam tempoh 24 jam, sekali gus membuktikan bakatnya dalam bidang nyanyian.
Memang terngiang-ngiang di telinga pendengar sampai nak bernyanyi dan menari bersama! Apa yang lainnya dengan pembikinan Lavida Raya ini adalah ia dihasilkan di kediamannya dan menggunakan penari dalam kalangan kenalan sendiri termasuk anaknya, Cik B dan Kacak.
Bukan itu sahaja, DSV bermurah hati memberikan 'duit raya' bersempena pelancaran muzik video itu di Youtube pada Jumaat lalu dalam bentuk hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu ! Syaratnya mudah sahaja, hanya perlu kongsikan muzik video tersebut dengan hashtag #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik sebelum dipilih sebagai pemenang.
|
13
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
barfi: Best ke lagunya.. ada jah keluor di recommendation youtube ni tapi tak lalu lagi nak tekan play.
ADVERTISEMENT