Susulan tindakan kerajaan mengambil keputusan untuk mengadakan siaran langsung kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM, rata-rata masyarakat umum mengecam keputusan itu bercanggah dengan usaha kerajaan yang ingin berjimat cermat berikutan mengalami hutang yang menggunung tinggi.
Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia yang bertujuan untuk menyelamatkan masalah kewangan negara. Sehubungan itu, menurut laporan Malaysiakini, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengesahkan pihak kerajaan mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta. "Pihak kerajaan tidak akan membayar satu sen pun untuk siaran berkenaan."
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual Program Bicara Khas di TV1 semalam. Selain itu, apabila ditanya mengapa penaja terbabit tidak menyalurkan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia. Menteri Kewangan tersebut memaklumkan, terdapat perbezaan antara dana yang diberi untuk penajaan siaran Piala Dunia dengan derma kepada tabung berkenaan. "Melalui penajaan pihak yang berkenaan mendapat iklan pada sepanjang tempoh pertandingan berlangsung. Jadi sekurang-kurangnya mereka mendapat sedikit pulangan." Beliau juga menjelaskan pada awalnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agak keberatan untuk menerima idea menayangkan Piala Dunia di RTM ekoran keadaan kewangan negara yang tidak memberangsangkan. "Tetapi selepas diberi penjelasan bahawa kejohanan itu hanya berlangsung setiap empat tahun dan siaran di RTM akan membolehkan masyarakat menontonnya secara percuma, beliau akhirnya bersetuju."- CARI |
12
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 4-6-2018 01:04 PM
yang amik sport channel mesti sakit hati kan
watatakut replied at 4-6-2018 12:21 PM
pulak dah. hari tu kata kerajaan tanggung rm40juta
kemaruk replied at 4-6-2018 01:53 PM
alhamdulillah
suara rakyat didengari
kecimpret replied at 4-6-2018 01:20 PM
aku rs dorang ok jer...RTM ni SD dorang tgk HD
alesandra replied at 5-6-2018 09:45 PM
ntah ..apa barang rtm.hadap laa korang....kesah plak nak sakit hati bagai
i was born to take ca ...
ninja boy replied at 4-6-2018 11:03 PM
APA Sgt 40 juta swasta senang2 boleh taja, untungla, Singapore boleh tumpang
ADVERTISEMENT