CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Maut Selepas Membeli-Belah, 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

4-6-2018 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6790| Komen: 54

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam  kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 dari arah Kuala Lumpur pagi Ahad di Maran, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru.


Harian Metro melaporkan, mangsa adalah Azian Abdullah, 50,  Fatin Najwa, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10 yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas membeli-belah.

Menurut pemandu,  Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, dia baru sahaja dua minit berbual dengan ibunya, Azian sebelum kereta Perodua Myvi tersasar ke tepi jalan dan merempuh penghadang jalan.

Foto: Astro Awani
“Kami sekeluarga tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, kira-kira jam 3 pagi (semalam) dan sempat bersahur di situ.


“Selepas bersahur kami semua menunaikan solat Subuh dan menyambung tidur di dalam kereta sehingga jam 8 pagi. Saya memandu menyambung perjalanan ke Kemaman.

“Ketika memandu, ibu tiba-tiba terjaga dan bertanya kami di mana, dan saya jawab kita di Maran sebelum ibu kembali menyambung tidur."

“Saya cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit pada besi penghadang jalan yang menembusi kereta, namun gagal.” -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 4-6-2018 09:26 AM
Al fatihah.
Quote ad_hoc79 4-6-2018 09:27 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote zulka 4-6-2018 09:27 AM
ye la tu tak laju...tak laju camner boleh merempuh penghadang jalan, tido ke
Quote Atata 4-6-2018 09:33 AM
aik... tiba2 tersasar ke tepi tak sedar? Hmm? Jalan licin ada org sabotaj tuang minyak kot
Quote leylapple 4-6-2018 09:37 AM
mengantuk dan tertidur semasa memandu...

Quote myakayina 4-6-2018 10:00 AM
kalau mengantuk jgnlah drive keta dik..singgahla mana2 RnR tido kejap.. mungkin awak keletihan lagi walaupun dah tido kat rnr masa sahur.. cer tengok abg2 lori..yg bawak treilar klu ngantuk depa dok tidoq dulu kat RnR utk tak nak membahayakan nyawa sendiri dan nyawa org lain..

tapi klu mmg dah tertulis ajal mak, kakak dan adik..redha jelah..takziah diucapkan.. beraya dgn ayah je berdua tahun ni..
Quote mdhelmi 4-6-2018 10:27 AM
tayar meletop kot
xpon main tepon
Quote ana_una 4-6-2018 10:39 AM
Innalillah.. Tertido rasanya ni..
Quote outcast 4-6-2018 11:10 AM
Al- Fatihah ,  
Cuma i rasa  bukan bawak perlahan ... mengantuk & drive laju sebab  nk cepat sampai ..
Semoga  tabah dalam menghadapi  dugaan... berat nk pikul rasa bersalah tuh.
Quote prettyuglybabe 4-6-2018 11:18 AM
myvi sumbat 6 orang..
driver pulak umur 20 tahun..
hmmm.. takziah je la..
Quote moonbug 4-6-2018 11:32 AM
Tak pandu laju tapi tak sure apa berlaku, tiba-tiba kereta terbabas ke tepi langgar divider sampai besi tembus kereta. Mcm kuat juga impak tu kalau sampai tembus. Terlelap ke? Seumur hidup tak raya nampaknya adik ni terkenang kejadian pahit. Takziah, semoga diberi kekuatan
Quote takayama 4-6-2018 11:36 AM
may be sebelum dia terlelap dia mmg x bawak laju
ms dia terlelap tuelah dia tekan pedal
takziah buat dia yg kehilangan ahli keluarga
kenangan pahit menjelang aidilfitri
Quote pavlovachoc 4-6-2018 11:38 AM
salam takziah untuk keluarga . semoga di jauhkan semua ini dari keluarga kita
Quote she 4-6-2018 11:50 AM
Tak nak komen macam mana pemanduan dia sbb dia ckp ada bunyi letupan sama ada tayar meletop atau maksud dia bunyi letupan pelanggaran

Dia yang memandu dan dia yang menerima kematian ahli keluarga sendiri...dia tanggung rasa bersalah tu seumur hidup

Lain lah cerita dia pandu cuai kemudian orang lain kereta lain penumpang bas ke yang mati
Quote chanteksekali 4-6-2018 11:54 AM
Depressingnyaaaaaa baca ya Allah.
Quote vanillaninja 4-6-2018 12:07 PM
Takziah, mesti sampai bila2 tak boleh lupa. Harap diberi ketabahan.
Quote cap_ayam 4-6-2018 12:13 PM
Semoga tabah..
Quote GigaMom 4-6-2018 12:15 PM
Takziah dik..
Awak hny asbab shj kematian ibu dan keluarga yg lain, dh memg ajal mereka ttulis.
Jgn disesal sepanjang hayat
Quote LostStar 4-6-2018 12:17 PM
Allahu.. tak tertanggung rasa kehilangan tu.. semoga ko kuat... salam takziah...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046377 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top