Baru-baru ini, Fadzil Zahari ada memuat naik status di Facebook untuk menuntut hutang daripada seorang pereka fesyen terkenal, Zery Zamry sebanyak RM10,000 dan perkara ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.
Zery Zambry berkawan baik dengan isterinya, Yana Samsudin dan pernah memujuk untuk dipinjamkan wang sebanyak RM30,000 sebelum ini. Jumlah tersebut agak besar dan setelah berbincang dengan Fadzil akhirnya mereka bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak RM15,000 sahaja. Dia pernah cuba berhubung dengan keluarga Zery untuk berbincang berkenaan masalah itu. Pekerja butiknya juga dikatakan tidak dibayar gaji walaupun wang pinjaman telah diberikan.
Pelbagai usaha dijalankan namun gagal sehingga Fadzil telah disekat melalui laman media sosial daripada berhubung dengan Zery. “Saya tiada niat mahu malukan dia di laman sosial tetapi saya sudah beritahu kakaknya, bulan lalu kerana jika tiada maklum balas daripada pihaknya, saya terpaksa 'bertanya' di Facebook,” katanya pada Harian Metro. Namun Zery dalam satu kenyataan pula akan memberi maklum balas tidak lama lagi dan mahu menyelesaikan perkara tersebut dengan Yana sendiri. “Beri saya masa untuk selesaikan secara baik dengan Yana," kata pereka fesyen, Zery Zamry susulan dakwaan dibuat suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari di Facebook, semalam. "Saya tidak mahu memalukan Yana sebab saya dan dia tiada masalah. "Disebabkan isu ini sudah mendapat perhatian media, saya akan beri kenyataan sebenar mengenai perkara yang sudah mereka lakukan ke atas saya," kata Zery. Harap semuanya akan diselesaikan dengan baik dan mereka akan terus berkawan. Hutang memang wajib dibayar. Kalau tidak dapat bayar keseluruhan ada baiknya buat secara ansuran. Itu juga merupakan satu usaha yang baik. Tidak pasti apa tujuan Zery meminjam duit Yana dengan jumlah sebanyak itu. Kita tunggu kenyataan Zery nanti. - CARI
|
saya akan beri kenyataan sebenar mengenai perkara yang sudah mereka lakukan ke atas saya
Lolalala replied at 5-6-2018 01:25 PM
Pusing laa biar nampak orang yg bagi hutang tu pulak salah.
zaraaqilah replied at 5-6-2018 01:58 PM
kannn....hangin plak i bc..ko yg berhutang pastu buat2 lupa sampai org terpaksa viralkan...br kela ...
cupu replied at 5-6-2018 02:35 PM
Aku mmg tobat dah xnak bg org pinjam duit kecuali adik beradik..kwn opis aku tdesak nk pakai duit.mi ...
idakamaruddin replied at 5-6-2018 02:43 PM
baik nye uolssss
mamapip replied at 5-6-2018 02:06 PM
twit twit.....Zery Zambry ni ke yg dulu pernah masuk Masterchef tu?
cupu replied at 5-6-2018 02:52 PM
Sedih betul dgr org ckp mcm ni..ramai plk tu menganjingkan aku sbb pehal 'baik' sgt.tp tula..skrg ...
ADVERTISEMENT