Sudah tiga minggu kita berpuasa, jadi pastinya ramai yang telah membuat persiapan raya seperti baju dan duit raya. Bagaimana pula dengan kuih raya? Buat sendiri atau 'kuih tunjuk'? Jika membeli jadi pilihan, ada pelbagai pilihan di luar sana sama ada bajet mahu pun premium. Namun, yang tak sedap didengar pula ialah ada penjual kuih ni seakan-akan merendahkan hasil kuih raya yang murah dengan alasan tak sedap. Ada pula yang kononnya menggunakan bahan premium, jadi dijual dengan harga mahal tetapi sebenarnya bahan biasa-biasa sahaja menyebabkan ramai pembeli berasa tertipu. Netizen di Facebook, Azlina Ina yang sentiasa berkongsi resipi biskut dan kek mengutarakan isu ini. Ramai pengikut Azlina bersetuju dengan pendapat tersebut kerana citarasa orang berbeza-beza. Ada yang suka premium dan juga sebaliknya, patut tiada isu tunding-menunding begini. Namun, isu yang lebih penting sebenarnya ialah ada pembuat biskut yang menggunakan barang murah tetapi menjual dengan harga mahal. Hal ini langsung tidak beretika sekaligus menjejaskan pembuat biskut yang jujur. Masalah yang lain pula ialah, ada pembuat biskut bersaing secara tidak sihat iaitu menjual di bawah harga pasaran dan ini secara tidak langsung merugikan keseluruhan pembuat biskut. Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada citarasa dan poket masing-masing. Bak kata pepatah menang membeli, alah memakai. Selamat membuat pilihan. - CARI |
pearl.silver: Buat kek buah guna pure butter mak aih harum satu rumah..Tapi sian wei nk jual sebiji smpi rm60 ke 70Jadi i guna buttercup je la..letak butter oil sik ...
pearl.silver replied at 6-6-2018 01:26 PM
Buat kek buah guna pure butter mak aih harum satu rumah..
Tapi sian wei nk jual sebiji smpi rm60 ke ...
pearl.silver replied at 6-6-2018 01:26 PM
Buat kek buah guna pure butter mak aih harum satu rumah..
Tapi sian wei nk jual sebiji smpi rm60 ke ...
pearl.silver replied at 6-6-2018 01:26 PM
Buat kek buah guna pure butter mak aih harum satu rumah..
Tapi sian wei nk jual sebiji smpi rm60 ke ...
wadiunong replied at 6-6-2018 02:55 PM
apa fungsi butter oil tu sis? explain sikit
krustykrab replied at 6-6-2018 03:15 PM
ingat dulu2 buttercup 250gm rm2+, tapi skrg rm4++
krustykrab replied at 6-6-2018 03:13 PM
brp kg yg rm30 tu?
ayorsuam replied at 6-6-2018 01:43 PM
Uols nk tnya, berapa sdt butter oil utk 1 bancuhan buttercup 250gm? Nk testing tapi takut mix ja ...
pearl.silver replied at 6-6-2018 03:37 PM
Klu tak salah, flavour je sis..
Klu buat kek marjerin guna planta, buh butter oil sikit nk bg bau ...
wadiunong replied at 6-6-2018 03:40 PM
ooo gitchew. akak guna pure butter. so tak payahla kan guna butter oil
ADVERTISEMENT