Ibu bapa mana tidak terasa hati apabila anak sendiri dikatakan tidak comel dan menyerupai makhluk hodoh. Tambahan pula, dikutuk di khalayak ramai tanpa ada sekatan. Begitulah yang terjadi kepada pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashari suatu ketika dahulu dan kini perkara sama berlaku pada anak Nora Danish. Apabila sudah tidak tahan lagi dengan tindakan tidak bertanggungjawab netizen, Nora mendedahkan akaun netizen yang menghina anaknya. Tindakan itu mendapat reaksi beberapa pihak. Antaranya, dari Awal Ashaari sendiri.
Awal menerusi akaun Instagram miliknya menyatakan pendapatnya mengenai hinaan netizen terhadap anak Nora, Ney Ney. Dia yang mengalami nasib sama menasihati mereka yang dihina supaya tidak lemah semangat, sebaliknya mengajak untuk lebih berfikiran positif. Menurutnya, cacian dan cemuhan orang ramai terhadap anaknya dibalas Tuhan dengan kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah kepadanya dan keluarga. Tambahnya lagi, sementara netizen menghina orang lain, mereka pula membesarkan anak-anak supaya menjadi orang yang lebih baik. Ada benarnya tulisan Awal itu kerana perkara tersebut dialami Awal sendiri. Rezeki anaknya, Lara Alana dilihat semakin melimpah-ruah biarpun sering menjadi bahan kutukan netizen.
|
Minami2013 replied at 6-6-2018 01:23 PM
Ada tgk ig lara dan kwn die nyanyi lagu happy birthday kat scha... cute nye lah depa budak2 ni...
azwanaliori: Letak pun nick name anak lelaki nama ney ney, dah skolah kang mau kene buli sbb nama manja ala ala gegurl gitu.U watch me whip, ah, u watch me ney n ...
perembes replied at 6-6-2018 06:21 AM
enaf alicia.. enuf hahaha cute sgt
Skuau replied at 6-6-2018 05:07 AM
begitukah mereka namakan nya sbg 'REZEKI'???
Minami2013 replied at 6-6-2018 02:41 PM
Hahaha...
Kannnn... jeles ke ape lara... mmg cute
ADVERTISEMENT