CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Pegawai Tinggi Kerajaan Wajib Kuasai Bahasa Inggeris- PM

6-6-2018 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8924| Komen: 66


sumber : Malaysiakini


"Semua pegawai tinggi kerajaan akan menjalani ujian kompetensi bagi mengenal pasti penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan mereka."

Memetik laporan Astro Awani, demikian yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Perdana Putra selepas mesyuarat kabinet siang tadi.

"Bahasa Inggeris ini amatlah penting dan perlu dikuasai pegawai tinggi kerajaan."

Tegas Perdana Menteri, semua pegawai tinggi kerajaan hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana seringkali akan mengadakan rundingan dengan pihak asing.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan mulai bulan Julai ini, bayaran elaun hiburan bagi semua pegawai tinggi kerajaan dari gred Jusa A ke atas akan dipotong sebanyak 10%. - CARI



6

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-6-2018 06:47 PM
Tunduk je bng mat.

Tapi mmg betul pun.
Quote Body_language 6-6-2018 06:54 PM
Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh Org kita kuasai English lvl omputih adalah mereka yg ada inferiority complex. Setakat English lvl mat sabu tu dah kira cukup bagus. Sbb selain dr negera2 yg gune English, negara lain ckp English pon lvl2 Mat Sabu gak. Even English speaker pon x pandang ko kompeten English ke tak. Yg penting, dpt laksanakan kerja dan matlamat.
Quote nafizzz 6-6-2018 06:59 PM
Body_language replied at 6-6-2018 06:54 PM
Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh O ...

Betul, x perlu proficient sgt, at least blh di fahami dah cukup. Mat Sabu's english ok.. blh difahami. Yang Zahid punya, serious ckp, I x faham.
Quote fatinz 6-6-2018 07:03 PM
Body_language replied at 6-6-2018 06:54 PM
Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh O ...

Iols setujubangat
Quote Supersirap 6-6-2018 07:44 PM
Rasanya x perlu english sampai tahap level lebih tinggi, paling tidak dapat berkomunikasi dengan baik seperti YB Mat Sabu pun sudah cukup bagus
Quote famri7 6-6-2018 07:47 PM
Ntah kenapa setiap kali tgk gambar jemaah menteri ramai2 rasa sejuk jah.....berbanding muntri2 sbelom ni mcm babi tonyok buat sakit jiwa.
Quote ninnakarinna 6-6-2018 08:38 PM
Lebih baik bersikap tegas terhadap non malays (and even malays) utk mahir menggunakan bahasa melayu di tanah air sendiri..

Anak murid aku yg x pandai berbahasa melayu..siap ada kawan translate utk dia.. dr sjkc n sjkt..masuk sekolah menengah jadi mcm tu..

Rasanya ini lebih penting..utk meningkatkan semangat malaysia malaysia
Quote siputsedut 6-6-2018 08:49 PM
Kalau ptd..bukan ada english proficiency test ke? Tp selected officer je yg kene ambik test tu...
Quote OrenTheReturn 6-6-2018 08:59 PM
Edited by OrenTheReturn at 6-6-2018 09:01 PM

Sbb negara kita ada status english as a second language n bisnes language pun english so penguasaan bahasa inggeris haruslah setarafff dgn kedudukan english dlm negara kita.
Quote ohnoLia 6-6-2018 09:00 PM
ninnakarinna replied at 6-6-2018 08:38 PM
Lebih baik bersikap tegas terhadap non malays (and even malays) utk mahir menggunakan bahasa melayu  ...

Well.. omputih expat kat tmpt ai pun.dah reti cakap melayu.. walaupun pelat..
Belum lavi expat india yg stay sini pun dah reti.
Mereka kata bahasa melayu ni senang je kaedahnya..
Quote OrenTheReturn 6-6-2018 09:02 PM
famri7 replied at 6-6-2018 07:47 PM
Ntah kenapa setiap kali tgk gambar jemaah menteri ramai2 rasa sejuk jah.....berbanding muntri2 sbelo ...

Khennn sis
Quote airmineral 6-6-2018 10:11 PM
Bagusla.  XdeLa english berkarat english drg tu..
Quote fgsp 6-6-2018 11:27 PM
yassssss takda la i dipandang dgn muka menyampah lg in meeting bila converse in english
Quote taikor 6-6-2018 11:39 PM
Body_language replied at 6-6-2018 06:54 PM
Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh O ...

Beza la bai. Kerja dlm syarikat MNC dgn kerja mewakili kerajaan. Penguasaan Inggeris tu kalau bagus, orang lagi hormat dan segan setakat perlukan translator. Malaysia dulu terkenal dgn penguasaan Inggeris.

Dlm MNC, yg kerja biasa2, level Zahid Komidi dah ok. Memang orang puteh bukan semua bagus. Lagi hauk dari Zahid pon ada. Tapi kalau kerja dia komunikasi tu penting, tapi level Inggeris ke laut, orang tak pandang. Nak lead projek pon orang malas nak ikut.

Dlm meeting, webinar dlm rakan sekerja serata dunia, yg lemah Inggeris selalu diam. Bila tengok orang Malaysia, Singapore dan India tanya soklan, berhujah, yg dari Korea, Jepun dan China kagum. Boleh berkomunikasi meriah dgn rakan2 dari Australia, New Zealand, Amerika dan UK. Ko nak jadi orang Msia ka nak jadi Jepun yg lemah Inggeris? Memang China skarang dah banyak yg tip top, dan berpeluang naik pangkat dan pegang jawatan penting dan join projek2 penting. Itu lah sebab yg Inggerisnya bagus, baru ade peluang. Yg tak bagus, stay there forever dan membisu selamanya.
Quote momomikomiki 6-6-2018 11:47 PM
i think more on technical english la kot..management..commerce english  law etc...
diorg bukan lagi ceramah2 kat padang..now kena express yourself di formal platform or boardroom..kalosekadar bahasa kita guna utk borak harian rasanye xde masalah...
xkan tun  suh ambik test bagai..tun punye standard tinggi ok...
Quote cmf_jeangrey 7-6-2018 12:03 AM
Body_language replied at 6-6-2018 06:54 PM
Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh O ...

Kuasai english utk jadi lebih competitive lah..kuasai bukan bermaksud kena cakap mcm native speaker...kalau ambik ielts dpt 7 ke atas pun dah bagus..boleh faham,boleh converse bermaksud lg konfiden bila buat public spiking kt internation level...bila tak boleh converse jadilah mcm zahid kt pbb dulu..punyalah payah nak paham sebutan englishnya, agaknya dia sendiri pun rasa tak konfiden sampai sebut presiden najib tun razak
Quote Body_language 7-6-2018 12:40 AM
taikor replied at 6-6-2018 11:39 PM
Beza la bai. Kerja dlm syarikat MNC dgn kerja mewakili kerajaan. Penguasaan Inggeris tu kalau bagu ...

Aku pernah tgk menteri2 Europe bukan dari UK/Ireland berucap bhs inggeris. Gagap2 Mat Sabu gak. Dan negera2 diorg kompetitive jer. Zahid Hamidi kat PBB xde sorang pon org asing ketawakan dia. Cuma org Malaysia je yg melebih2 kutuk. English menteri China, Jepun, Korea pon standard Mat Sabu. Apa guna ada menteri fluent English tp hujung2 tak reti buat kerja gak. Whether kerja biasa or mewakili kerajaan, Buat kerja n confident tu penting. Org yg hebat, wlpn English tahap mat sabu or worst zahid hamidi, akan confident ckp dlm bahasa English wlpn bkn fluent mcm org putih dan penuh accent mother tongue. Diorg lagi respect ko adala. Itu yg aku nmpk pd menteri2 negara Asia yg maju mcm Jepun, Cina, Korea. Even menteri Europe pon confident je ckp English dgn slang mother tongue diorg.


Dlm MNC pon, x semua yg x fluent English duduk diam. Dlm pengalaman aku kerja, ada je yg bercakap. Malah lg byk ckp adalah sbb diorg ada idea nk smpikan. Hatta yg mmg org putih pon ramai je yg diam dlm meeting sbb memang every meeting jd pak tunggul. Tak paham English dgn Tak fluent English berbeza. Aku ckp ni x fluent English. Madey n so called High Class malaysian society yg ddk bandar ni ada mentaliti tak fluent English meaning tak bagus which is totally wrong perception.


Quote Body_language 7-6-2018 12:46 AM
cmf_jeangrey replied at 7-6-2018 12:03 AM
Kuasai english utk jadi lebih competitive lah..kuasai bukan bermaksud kena cakap mcm native speake ...

Kuasai English tak kan jdkan seseorang tu lbh competitive. Percayala. Kalau ko Fluent English mcm native sekali pon, tp mmg jenis xde idea. Pak tunggul, jenis gabra utk public speaking segala dan bukan jenis org yg competitive, mmg x kan jd competitive.


Bila ckp pasal Zahid, Wlpn bhs dia mmg susah nk paham, tp aku tgk dia smpikan apa yg dia nk smpikan. Maybe dia salah guna words yg betul here and there. Tp aku tgk org2 luar xde plak ketawakan dia. Hanya org Malaysia je yg lebih2 kutuk English dia. Org luar aman2 jer


Quote mommymonster82 7-6-2018 12:54 AM
Body_language: Setelah aku bekerja di company yg penuh warga warga asing satu dunia, dpt ku nyatakan org yg suruh Org kita kuasai English lvl omputih adalah mereka y ...

Betul sgt2 tu..
Dorg xkisah pon sebutan camner asal faham..
Org kita je beria2 gtu gini kutuk org yg english so so

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056828 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top