Ramai yang mengenali Amran Fans sebagai watak sarkastik mengenai isu-isu dalam negara serta isu sosial di laman Facebooknya. Biar pun penulisannya agak kasar serta tidak berlapik, namun jika ia isu yang bagus, maka kita perlu membincangkannya dalam konteks semasa. Terbaru, Amran menulis di laman Facebooknya mengenai perbezaan harga minuman di bulan Ramadan dan bulan biasa. Ramai yang bersetuju dengan pendapatnya serta menganggap ia masalah yang tidak akan selesai. Betul apa yang diutarakan oleh Amran kerana rata-rata harga air di Bazar Ramadan naik mencanak berbanding bulan sebelumnya. Ramai pula yang memberitahu harga air bungkus di tempat mereka pula.
Ada pula netizen yang menjelaskan ketamakan peniaga hingga sanggup meletakkan pemanis yang banyak untuk menjimatkan kos. Ada netizen menempelak Amran kerana bising benda yang tidak sepatutnya. Sedangkan jika membeli minuman di kedai kopi ternama, tidak pula bising. Namun, ada bijak pandai yang membalasnya dengan hujah padu. Jadi, kita hendaklah bijak menggunakan kuasa sebagai pengguna bagi membuat pembelian yang berbaloi. Jika rasa tidak berbaloi, lebih baik buat air minuman sendiri. Dengan itu peniaga mungkin terkesan dengan cara sebegini. - CARI
|
Feinora877 replied at 14-6-2018 09:19 AM
Raya utk semua kaum kan masa utk naik harga ke?
Rindula masa kat kampung sedia makan2 minum2 buka ...
maxgamer82 replied at 7-6-2018 11:11 AM
ditambah pulak dengan penjaja segera yang hanya muncul setahun sekali...
ADVERTISEMENT