|
Mayat remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui berlumuran darah di dapur rumah keluarganya, lapor The Star seperti dipetik mStar Online. Mangsa dipercayai mengelar dirinya dengan gergaji selepas permintaannya untuk mengikuti aktiviti agama Islam di Sandakan ditolak ibu bapanya.
Menurut Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, mangsa mengalami tekanan sejak beberapa hari lalu selepas ibu bapanya melarang dia daripada menghadiri aktiviti keagamaan berkenaan. Jelasnya, sebelum kejadian mangsa sepatutnya dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja, namun dia enggan melakukannya sebelum pulang ke rumah sebaik tiba di lapangan terbang Sandakan.
"Selepas pulang ke rumah, remaja itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, tetapi tidak mahu bercakap dengan sesiapa. "Bapanya menemui mangsa terbaring tidak bernyawa di dapur rumah mereka dengan beberapa kesan kelar pada bahagian leher dan badannya kira-kira jam 12.30 tengah malam," katanya. - CARI
|
|
13
![]() Bagus |
9
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
13
![]() Sedih |
21
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.479260 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.