Seorang lelaki India 'naik minyak' dan membunuh ibunya selepas mendapati mangsa tidak memasakkannya kari ayam untuk makan tengah hari.
Memetik Mail Online, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad sebelum diberikan kepada ibunya yang berusia 80 tahun untuk dimasak, lapor Times of India. Menurut laporan, Kishore yang merupakan seorang kaki botol kemudian pergi ke Badepuram di wilayah Guntur untuk minum arak. Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, dia mendapati makanannya masih belum dihidangkan. Kishore yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan didakwa menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya melarikan diri.
Difahamkan, jiran-jiran segera ke rumah mangsa selepas mendengar jeritan wanita itu dan melaporkan kejadian kepada pihak polis. Menurut laporan, isteri suspek meninggalkannya bersama anak-anak mereka kerana tidak tahan dengan sikap kaki botolnya. Kishore kini menjadi buruan polis. - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 6-6-2018 01:54 PM
Pasni sure masa deepavali meratib nama.mak sebab xdpt.makan kari ayam mak lagi..
Kongsi kesedihan ...
supernaturalee replied at 7-6-2018 12:51 PM
buat style iklan raya arwah yasmin ahmad
ADVERTISEMENT