Mulai 15 Jun ini, telefilem seram komedi The Hantus akan menemui penonton di rancangan Astro First Eksklusif yang diarahkan bersama oleh Nabil Ahmad.
"Saya mengharapkan The Hantus akan menjadi bualan hangat netizen sekaligus tular di media sosial," katanya. Sebagai penulis skrip bagi telefilem tersebut, dia bersedia menerima segala kecaman dan berharap dengan adanya kritikan netizen ia secara tidak langsung memberi publisiti kepada telefilem tersebut untuk mereka menonton. "Saya tidak kisah dikecam kerana cara itu pasti menarik orang ramai untuk menontonnya. "Mana tahu, selepas ini ada stesen televisyen lain berminat untuk melantik saya sebagai pengarah atau penulis skrip," katanya pada Harian Metro.
Dia juga menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya menggunakan ‘orang dalam’ untuk menerbitkan telefilem ini di Astro. "Memang saya mempunyai hubungan baik dengan Astro kerana menjadi pengacara, pelawak dan penyampai radio untuk program stesen berkenaan. "Bagaimanapun, saya menggunakan saluran sah serta prosedur betul iaitu bermula dengan membentangkan idea kepada pihak Astro," katanya. Kisah-kisah seram yang menjadi pencetus inspirasi untuk menerbitkan telefilem ini adalah Volkswagen kuning, Hantu Kak Limah dan taman tema terbiar Mimaland. Dia juga mengatakan bahawa skrip untuk The Hantus 2 sudah pun siap namun masih tiada lagi tawaran daripada Astro untuk memulakan penggambarannya. Hebat Nabil! Sekarang sudah mula berkecimpung dalam dunia penerbitan filem. Semoga usaha Nabil membantu memeriahkan lagi industri seni hiburan dengan idea yang segar. - CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
imanda replied at 8-6-2018 02:32 PM
kenapa nak rojakkan bi n bm?
danieladam replied at 11-6-2018 12:40 PM
adakah nasib cerita ni sesendu benang ni? hahaha
ADVERTISEMENT