Fenomena 'shopping raya' di bawah satu bumbung memang sangat hangat dan ditunggu-tunggu oleh kaki 'shopping'. Apatah lagi sejak kemunculan 'Fest Raya' anjuran Mood Republic pada tahun 2014 hingga kini diumpamakan sebagai pesta kegilaan menyambut Aidilfitri setahun cuma sekali. Namun, di sebalik kemeriahan menjual baju-baju raya, ada satu acara tahunan yang mendapat kritikan keras namun pihak penganjur tetap tegar mengadakannya bagi memeriahkan majlis tersebut. Acara tersebut ialah menabur duit kepada pengunjung yang perlu berebut untuk mendapatkannya. Saiful Nang dan beberapa individu lain pernah menegur acara ini serta menjadi fenomena seketika. Namun, pihak penganjur tidak kisahkannya. Tahun ini, di Twitter, seorang lelaki mendedahkan video hujan duit yang merendahkan moral Melayu Islam yang sanggup berasak-asak bagi mendapatkan nilai yang tidak seberapa.
Video tersebut jelas menunjukkan ramai yang lupa diri setelah dihumbankan duit. Malahan ada netizen yang pernah menyertai acara ini menyesali perbuatannya dahulu. Bagaimanapun, tiada tindakan yang dikenakan terhadap pihak penganjur yang nampaknya makin galak membodohkan pengunjung seperti pengemis. Bagi netizen, acara yang memalukan ini harus dihentikan serta-merta kerana penganjur seolah-olah tidak terkesan dengan teguran ramai pihak. Malahan, ada netizen yang mendedahkan acara tabur duit sekadar gimik semata-mata. Ini kerana bukannya nilai RM100 ribu seperti yang diwar-warkan, tetapi tidak sampai RM10 ribu pun. Sangat mengejutkan juga kerana gimik pemasaran tersebut dikira menipu kan? Setelah banyak teguran dibuat kerana mengambil kira faktor keselamatan, gimik melampau dan adab, mungkin pihak berkuasa boleh mempertimbangkan acara sebegini yang hanya mengundang keburukan daripada kebaikan. - CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT