Seorang lelaki ditahan di daerah Jodhpur, India pada Sabtu selepas didakwa menyembelih anak perempuannya sebagai korban sempena Ramadan.
Memetik Times of India, mayat kanak-kanak malang berusia empat tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada awal pagi Jumaat. Menurut jurucakap polis, ketika disoal siasat Nawab Ali Qureshi, 26, mengaku menyembelih anaknya, Rizwana untuk dijadikan korban. Difahamkan, sehari sebelum kejadian suspek sempat membawa anaknya ke pasar membeli pelbagai barangan dan memberitahu mangsa bahawa dia terlalu menyayanginya.
"Ketika ahli keluarga lain sedang nyenyak tidur, suspek membawa kanak-kanak itu ke sebuah bilk di tingkat bawah sambil membacakan 'ayat suci' sebelum menyembelih mangsa dan kembali ke tempat tidurnya. "Dalam jam 5 pagi, isteri suspek terjaga dan mendapati Rizwana hilang. Dia kemudian mencarinya di seluruh rumah dan menemui anaknya terbaring di bilik tingkat bawah. "Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkannya sudah meninggal dunia," kata Rajan Dushyant. Tambahnya, suspek yang menjalankan perniagaan daging pada mulanya cuba meyakinkan keluarganya bahawa Rizwana mungkin dibunuh seekor kucing. "Isteri suspek, bagaimanapun tidak mempercayainya dan membuat laporan polis," jelasnya. Sementara itu, pada hari sama (Jumaat) di Rhondda, Selatan Wales, wanita berusia 37 tahun ditahan selepas didakwa membakar anaknya. Express.co.uk melaporkan, jirannya yang menyaksikan kejadian mendakwa Carly Ann Harris membakar anaknya, Amelia-Brooke Harris, 3, dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas dalam tab mandi. - CARI
|
7
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT