Raya hanya tinggal dua hari saja lagi. Bagaimana dengan persiapan raya? Mesti sudah siap kan? Tetapi ada juga yang seronok 'last minute shopping'. Yang perempuannya memang sakan kerana ia bagaikan terapi tetapi bagi si suami yang terpaksa menurut kehendak isteri, hendak tak hendak ikutkan sahaja demi mahukan semuanya sempurna di pagi raya. Di Facebook, Fdaus Ahmad sekali lagi menulis kisah suami isteri yang sibuk membuat persiapan raya dan perkongsiannya mencuit hati netizen tetapi kali ini menerusi perbualannya dengan anak lelakinya.
Diikuti dengan status seterusnya berkenaan ragam isteri ketika membuat pilihan antara dua lalu bertanyakan si suami mengenai pilihan tersebut. Ternyata statusnya mengundang komen-komen dari suami yang masing-masing pernah mengalaminya di bulan Ramadan. Namun begitu, ada juga komen daripada netizen wanita yang lebih seronok 'shopping' tanpa suami di sisi. Rupa-rupanya post Fdaus pada tahun 2016 mengenai kisah suami isteri ini kembali dikongsi oleh netizen di Facebook dan kini mendapat perkongsian sebanyak 41,000. Tulisan ini lebih terperinci mengenai pengorbanan seorang isteri dan ibu demi memastikan raya keluarga mereka sempurna. Untuk membaca tulisan penuh, anda boleh mencari di tanda pagar #ThePowerofRaya. Sememangnya seorang isteri atau wanita atau ibu mempunyai tanggungjawab yang tidak pernah habis. Golongan ini akan sentiasa berfikir supaya keluarga mereka siap sempurna di pagi raya. Jadi, para suami hargai isteri anda yang walaupun kompleks pemikiran dan tingkah lakunya, mereka jualah yang menyempurnakan raya anda. - CARI |
3
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin replied at 12-6-2018 02:13 PM
So nak kata sweet ke? Aku kalau spouse dah nunggu gitu aku rasa bersalah je. Anyway raya tak shoppin ...
Wakefield replied at 13-6-2018 12:29 AM
I pun begitu jua seblum kahwin, pakai baju yang paling baru. Adik beradik semua lelaki, tetiap t ...
ADVERTISEMENT