Siapa tak kenal dengan Sherry Al-Hadad kan? Pengacara dan pelakon yang gila-gila dan sangan open minded. Walaupun dengan saiz badan yang agak berisi, masyarakat begitu menerima kehadiran Sherry dalam industri ini kerana sikapnya yang sangat bersahaja dan begitu berkeyakinan bila beraksi dipentas ataupun dihadapan kamera. Mungkin Sherry juga menjadi inspirasi buat mereka yang bersaiz 'extra' untuk tidak sentiasa bersembunyi dan berselindung dari dunia luar. Tentu sahaja orang seperti anda mempunyai satu ciri yang istimewa dan anda harus tonjolkan pada masyarakat yang lain. Terbaru, Sherry telah berlakon dalam iklan raya Tune Talk dengan membawa watak Mak Ngah Lipstik. Ternyata hanya Sherry Al-Hadad sahaja yang boleh membawakan watak Mak Ngah lipstik merah menyala. Watak yang amat sesuai dengan karakter Sherry. Iklan yang mengetengahkan tema seorang mak cik yang begitu sibuk bercerita tentang orang. Bak kata orang sekarang 'Mak Cik Bawang' tak pernah lekang asyik bergosip bercerita tentang orang lain. Lebih-lebih lagi bila tibanya hari raya tatkala geng mak cik-mak cik sudah berkumpul, masing-masing mula membawang. Dan tak lain tak bukan Mak Ngah Lipstik yang menjadi ketuanya. Sehinggakan ada satu scene dimana Mak Ngah telah ditegur tengan seorang budak kecil tentang dosa mengumpat dan habislah semua pahala puasa sebulan. Netizen memuji lakonan Sherry Macam biasala netizen tidak lekang dengan komen dan pendapat tentang apa sahaja isu atau pun update di media sosial. Lebih-lebih lagi bila ianya tentang artis. Ternyata iklan Tune Talk ini mendapat komen yang positif dari netizen. Ramai yang begitu memuji watak Sherry sebagai Mak Ngah dalam iklan ini. Ada juga yang berterima kasih dengan Tune Talk kerana menyediakan video sebagai jawapan jika mak cik bawang muncul ketika beraya nanti. Walaupun iklan ini bgitu mencuit hati dengan gelagat Sherry yang begitu bersahaja, namun ia mempunyai pengajaran yang tersendiri. Pengajaran dalam iklan raya Tune Talk ini memang pedas. Kalau anda bakal bertemu dengan orang-orang seperti Mak Ngah, boleh tunjuk sahaja iklan ini supaya mereka akan terdiam insaf. - CARI |
9
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT