Anak muda sekarang jarang rasanya teringin untuk makan beramai-ramai dalam sebuah talam (dulang). Biasanya, makan dalam talam begini kita boleh nampak di surau atau kampung. Susah nak nampak orang bandar melakukannya.
Selalunya, isu kebersihan menjadi faktor makan dalam talam kurang digemari segelintir masyarakat. Geli, katanya. Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman bapanya yang terpaksa 'berpindah' ke talam lain selepas salah seorang jemaah surau mencurah budu ke atas makanan di dalam talam yang sedang dimakannya. Yang menjadi isunya sekarang, Hijaz Pahron dilihat seperti cuba memburukkan negeri Kelantan dan mencetuskan perbalahan di kalangan pengguna lain. Menurut Hijaz, bapanya merupakan orang kurang upaya (OKU) dan ia membuatkan dia terkilan apabila tiada seorangpun yang mengasihani bapanya. Bapak aku OKU "Tak ada seorang pun kesiankan bapak aku yang dah berusia lebih 70 tahun, tapi kena pindah talam lain," katanya. Rata-rata netizen panas hati dengan tindakan Hijaz dan penyokongnya yang memburuk-burukkan negeri Kelantan hanya kerana segelintir yang melakukan kesalahan. Lain kali teman ayah ke surau, bukan main Twitter Sementara itu, ada juga pengguna menyifatkan individu terbabit sengaja mereka tweet berkenaan demi meraih perhatian. |
10
Bagus |
13
Marah |
5
Terkejut |
13
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
azimodin replied at 12-6-2018 09:35 PM
Aku dulu terpngaruh jugak bila orang cakap macam2 pasal lelaki kelantan. tapi lepas dah "masuk" kelu ...
ADVERTISEMENT